Tim Cook

Ye ke iyo ko ni?

Tim Cook ketika bercakap kepada para pelabur Apple baru-baru ini menyatakan bahawa produk-produk Apple akan datang yang bakal diperkenalkan dalam masa beberapa tahun ini bakal menggemparkan para pelabur Apple.

Tim Cook berkata, beliau sangat optimistik tentang hala tuju Apple Inc menerusi usaha mereka yang dari awal merancang untuk keluaran produk-produk akan datang.

Bercakap di mesyuarat agung tahunan syarikat di Cupertino, California, beliau mengulangi bahawa produk iPhone Apple adalah masih di atas landasan yang betul di mana ia dijangkakan akan memberikan pulangan sehingga 2 kali ganda pada tahun 2020 nanti.

Malah beliau turut menyatakan bahawa mereka menyasarkan untuk menurunkan harga komputer riba Macbook Air yang dilengkapi dengan skrin yang lebih beresolusi tinggi.

Juga, beliau berkata terdapat perancangan jangka panjang yang sangat menarik dan hebat untuk produk Apple Watch dan AirPods.

Untuk pengetahuan anda, sepanjang tahun 2018 lalu, Apple Inc. telah berjaya memperoleh sebanyak 18 syarikat dan kini masih terdapat beberapa lagi syarikat yang dalam proses pengambil alihan.

Apple pada tahun ini dijangka akan memperkenalkan beberapa model terbaru untuk barisan produk mereka seperti AirPods 2, Macbook Pro 16″ (masih khabar angin), iPhone 2019 serta komputer meja Mac Pro versi terbaru.

Itu adalah antara beberapa yang dijangkakan bakal diperkenalkan pada tahun ini. Tapi adakah ia akan “meniup anda jauh-jauh”? 

 

Sumber artikel: Bloomberg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here