Macbook Pro 13 non touch bar
Model Macbook Pro 13″ dengan Touch Bar atau model terdahulu Macbook Pro 13″ tidak terlibat dalam program ini.

Apple telah melancarkan program baik pulih storan Solid State Drive (SSD) untuk pemilik Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar hari ini. Secara spesifiknya adalah untuk model MacBook Pro (13″, 2017, 2x Thunderbolt 3 ports).

Apple menyatakan bahawa terdapat sebahagian perkakasan storan SSD berkapasiti 128GB dan 256GB model MBP tersebut menghadapi isu yang boleh menyebabkan kehilangan data dan kegagalan perkakasan tersebut berfungsi.

Model MBP 13″ tanpa Touch bar yang terlibat pula adalah model yang dijual dari dari Jun 2017 hingga Jun 2018.

Jadi kepada pemilik model MBP tersebut bolehlah segera menghantar MBP anda ke pusat-pusat servis bertauliah Apple untuk mendapatkan proses baik pulih terhadap storan SSD ini secara percuma.

Suka diingatkan sebelum anda menghantar MBP tersebut adalah perlu untuk anda membuat salinan data (backup) terhadap storan MBP tersebut.

Proses baik pulih storan SSD MBP tersebut adalah seperti berikut:-

  • Juruteknik Apple akan menjalankan aplikasi utiliti khas bagi mengemaskini firmware storan MBP anda yang akan mengambil masa antara sejam atau kurang.
  • Selepas itu MBP anda akan diserahkan beserta dengan macOS yang telah siap dipasang.
  • Kemudian anda bolehlah membuat proses restore semula data dari storan luar yang dijadikan sebagai storan backup anda (ini perlu dibuat sendiri).

Bagi anda yang mungkin telah membayar kos baik pulih berkaitan dengan isu ini pula, anda boleh hubungi semula pusat servis tersebut bagi mendapatkan semula bayaran kos baik pulih yang telah dibuat sebelum ini (hanya dari pusat servis sah Apple sahaja).

Program ini hanya sah untuk model Macbook Pro 13″ tanpa Touch bar dalam tempoh 3 tahun selepas ia dibeli.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pusat servis bertauliah Apple di seluruh Malaysia.

 

P/s: Selain program pembaikan ini, Apple turut melancarkan program penggantian skrin iPhone X.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here