Aksesori yang terlibat dipasarkan dari tahun 2003 hingga 2010. 

Bermula hari ini, Apple mula melancarkan program memanggil semula aksesori Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter.

Apple menyatakan, mereka telah mengenal pasti terhadap kes yang sangat jarang berlaku seperti ini. Mereka mendapati aksesori tersebut mungkin akan rosak dan mengakibatkan kejutan elektrik sekiranya bahagian besi aksesori tersebut disentuh.

Menurut Apple, aksesori ini dipasarkan dari tahun 2003 hingga 2010 di mana ia ada didatangkan sekali bersama komputer Mac, sesetengah peranti iOS terdahulu serta aksesori Apple World Travel Adapter Kit.

Apple Three-Prong AC Wall Plug Adapter
Penyesuai plag tiga serampang yang terjejas adalah berwarna putih, tanpa sebarang huruf di dalam slot di mana ia melekat kepada penyesuai kuasa Apple. Penyesuai kuasa Apple USB tidak terlibat dalam program penarikan ini. Kredit imej: Apple

Jadi sekiranya anda memiliki aksesori tersebut, bolehlah menghantarnya ke pusat servis sah Apple berdekatan anda untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here