Macbook pRO
Dikemas kini pada Februari 2020.
Apple menawarkan penggantian papan kekunci percuma bagi Macbook dan Macbook Pro.

Akhirnya Apple Inc. akur dengan desakan para pengguna Macbook dan Macbook Pro bagi menggantikan papan kekunci ‘butterfly‘ yang bermasalah.

Menurut kenyataan rasmi Apple, mereka telah mengenal pasti terdapat sebahagian kecil papan kekunci bagi model Macbook dan Macbook Pro mengalami masalah khusus berikut:

  • Huruf atau karektor muncul secara sendiri berulang kali
  • Huruf atau karektor yang tidak muncul
  • Kekunci yang tidak respon secara konsisten dan kekunci yang diistilahkan Apple sebagai “sticky“.

3 masalah khusus yang dihadapi oleh papan kekunci tersebut berlaku terhadap model-model Macbook dan Macbook Pro berikut:

  • MacBook (Retina, 12-­inch, Early 2015)
  • MacBook (Retina, 12­-inch, Early 2016)
  • MacBook (Retina, 12-­inch, 2017)
  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2018)
  • MacBook Air (Retina, 13-inch, 2019)
  • MacBook Pro (13­-inch, 2016, Two Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13-­inch, 2017, Two Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13-inch, 2019, Two Thunderbolt 3 ports)
  • MacBook Pro (13-­inch, 2016, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (13-­inch, 2017, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2016)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2017)
  • MacBook Pro (13-inch, 2018, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2018)
  • MacBook Pro (13-inch, 2019, Four Thunderbolt 3 Ports)
  • MacBook Pro (15-­inch, 2019)

Apple juga menyatakan, penggantian papan kekunci ini mungkin akan melibatkan keseluruhan set papan kekunci Macbook dan Macbook Pro atau hanya menggantikan kekunci yang disahkan mengalami masalah sahaja selepas ia diperiksa oleh pusat servis bertauiah Apple.

Jadi bagi anda yang memiliki model-model Macbook dan Macbook Pro yang dinyatakan di atas bolehlah menghantar Mac anda ke pusat servis bertauliah Apple di seluruh Malaysia bagi mendapatkan penggantian percuma papan kekunci bagi Mac anda.

Pada Oktober 2017 lalu, pihak Apple telah pun mengeluarkan panduan rasmi cara-cara membersihkan papan kekunci yang dikenali sebagai ‘butterfly‘ tersebut.

Walaubagaimanapun, para pengguna berasakan yang ia tidak membantu dan mereka telah membuat petisyen atas talian bagi mendesak Apple menggantikan papan kekunci bermasalah tersebut.

Bagi mendapatkan info lanjut tentang program penggantian papan kekunci ini atau program-program penggantian dan servis percuma yang dilaksanakan Apple ketika ini, bolehlah layari laman muka Exchange and Repair Extension Programs di laman web rasmi Apple.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here