Macbook Pro 13 non touch bar
Apple melaksanakan program penggantian bateri percuma untuk model MacBook Pro 13″ tanpa Touch Bar.

Jika anda memiliki model Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar, anda mungkin layak untuk menggantikan bateri Macbook tersebut secara percuma. Ini kerana, Apple ketika ini sedang melaksanakan program penggantian bateri percuma untuk model Macbook Pro tersebut.

Menurut Apple, mereka mendapati terdapat sebahagian unit model Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar yang dikilangkan dari Oktober 2016 hingga Oktober 2017 yang mungkin telah menyebabkan bateri di dalam unit Macbook Pro tersebut mengembung.

Jadi, sekiranya anda menghadapi masalah tersebut ataupun tidak, anda adalah layak mendapatkan ganti percuma bateri untuk Macbook Pro anda. Anda hanya perlu menghantar ke pusat servis bertauliah Apple bagi memeriksa sama ada anda layak untuk program ini.

Jika layak, anda mungkin terpaksa meninggalkan Macbook tersebut di pusat servis selama 3 hingga ke 5 hari (waktu bekerja) bagi proses penggantian bateri tersebut. Jadi dinasihatkan supaya anda membuat salinan data (backup) terlebih dahulu sebelum anda menghantar Macbook tersebut ke pusat servis.

Bagi anda yang telah membuat pembayaran bagi menggantikan bateri tersebut di pusat servis bertauliah Apple, anda bolehlah mendapatkan semula duit anda (sebaiknya sertakan bersama resit pembayaran, mudah kerja).

Program penggantian bateri percuma ini tidak melibatkan model Macbook Pro 13″ dengan Touch Bar atau model-model terdahulu Macbook Pro 13″. Selain itu, program ini juga tidak memanjangkan jaminan standad bagi Macbook Pro anda.

Program penggantian bateri percuma untuk Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar ini berlangsung selama 5 tahun dari tarikh anda membelinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here