Berita baik kepada pemilik model iPhone 11 yang berdepan isu skrin sentuh pada peranti tersebut.

Ini kerana Apple telah mula menawarkan program penggantian skrin iPhone 11 secara percuma.

Menurut Apple, mereka mengesahkan berlakunya isu pada skrin sentuh model iPhone 11 yang secara khusus dikilangkan antara November 2019 dan Mei 2020.

Apple has determined that a small percentage of iPhone 11 displays may stop responding to touch due to an issue with the display module. Affected devices were manufactured between November 2019 and May 2020.”Apple

Jadi, sekiranya berdepan isu skrin sentuh pada iPhone 11, bolehlah menghantarnya ke pusat servis sah Apple untuk mendapatkan penggantian skrin percuma.

Tawaran penggantian skrin ini hanya saha untuk tempoh 2 tahun selepas unit peranti dibeli.

Untuk info lanjut tentang program ini, layari laman Sokongan Apple.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here