Smart Battery Case iPhone

Berikutan 2 isu yang menjejaskan aksesori peranti itu.

Apple hari ini telah melancarkan program penggantian percuma aksesori Smart Battery Case bagi model iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Apple menyatakan isu ini bukanlah isu yang membahayakan pengguna. Sebaliknya berikutan aksesori tersebut tidak mengecas iPhone dengan baik.

  • Battery case will not charge or charges intermittently when plugged into power
  • Battery case does not charge the iPhone or charges it intermittently

Unit ‘Smart Battery Case‘ yang terjejas adalah unit yang dikilangkan antara Januari 2019 dan Oktober 2019.

Smart Battery Case
Unit Smart Battery Case yang terlibat dengan program ini.

Jadi, jika anda memiliki unit Smart Battery Case yang terjejas ini, bolehlah segera menghantarnya kepada pusat servis sah Apple berdekatan anda bagi mendapatkan penggantian secara percuma.

Program ini sah untuk unit Smart Battery Case yang dibeli dalam tempoh 2 tahun.

Untuk info lanjut, layari laman sokongan Apple Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here