Disebabkan isu bunyi AirPods Pro

Apple telah melancarkan program servis percuma bagi peranti fon telinga AirPods Pro sejak 30 Oktober 2020.

Ia berikutan masalah kualiti bunyi yang dilaporkan dialami pengguna sebelum ini.

Berikut adalah isu AirPods Pro seperti yang dinyatakan Apple:-

  • Crackling or static sounds that increase in loud environments, with exercise or while talking on the phone
  • Active Noise Cancellation not working as expected, such as a loss of bass sound, or an increase in background sounds, such as street or airplane noise

Berikutan itu, Apple telah respon dan mengesahkan isu tersebut. Apple menyatakan bahawa model AirPods Pro yang terjejas adalah model yang dikilangkan sebelum bulan Oktober 2020.

Jadi, sekiranya anda memiliki peranti bunyi ini, bolehlah menghantarnya ke pusat servis sah Apple yang berdekatan.

Apple AirPods Pro telah pun dilancarkan setahun yang lalu iaitu dalam bulan Oktober 2019.

Harga jualannya adalah berharga RM1,099.00.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here