Made in Singapore.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Dongle telah berkongsikan 4 foto prototaip model komputer Macintosh Classic.

Foto prototaip Macintosh Classic itu menunjukkan ia menggunakan sistem perisian 7.5.3.

Keseluruhan badan komputer itu pula adalah lutsinar yang boleh dilihat dengan jelas perkakasan dalaman komputer tersebut.

Daripada foto yang dikongsikan itu juga terdapat cetakan pada badan model Mac tersebut yang menyatakan ia dibuat di Singapura dan menggunakan logo asal Apple yang berwarna pelangi.

Macintosh Classic pertama kali diperkenalkan Apple pada 15 Oktober 1990 dahulu.

Ia merupakan model komputer Macintosh pertama yang dijual di bawah harga USD1000 pada waktu itu.

Ia didatangkan standad dengan cip pemprosesan Motorola 68000 8Mhz, saiz storan 40MB, skrin terbina dalam bersaiz 9″ (512×342,72ppi), Apple SuperDrive 3.5″ floppy disk dan memori 1MB.

Macintosh Classic menggunakan rekaan yang hampir sama sepertimana model terawalnya iaitu Macintosh 128K.

Selepas hanya 2 tahun ia dipasarkan, Apple akhirnya menamatkan pengeluaran model Macintosh Classic pada September 1992.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here