Windows 7

Matinya sebuah sistem operasi yang disenangi ramai.

Bagi anda yang mungkin tidak sedia maklum, sistem operasi Windows 7 akan ditamatkan sepenuhnya sokongan oleh Microsoft pada 14 Januari 2020 nanti.

Bersamaan hanya kurang dari sebulan sahaja lagi sistem operasi tersebut akan ditamatkan riwayatnya.

Bermakna sebarang kemas kini ciri keselamatan, sokongan teknikal dan sokongan lain tidak lagi akan diterima oleh sistem operasi usang ini.

14 Januari 2020 akan menjadi tarikh keramat yang menandakan berakhirnya sebuah legasi sistem operasi yang amat disenangi pengguna komputer selepas lebih 10 tahun ia mengoperasikan jutaan komputer diseluruh dunia.

Windows 7 pertama kali ditawarkan kepada pengguna diseluruh dunia adalah pada 22 Oktober 2009 dahulu. Ia tidak disangkal adalah sebuah sistem komputer yang amat disenangi pengguna Windows.

Pengguna Windows 7 kebanyakkannya menyatakan ia sebagai sebuah sistem operasi komputer yang stabil, mudah digunakan dan ringan.

Sekaligus menjadikannya sebagai sebuah sistem operasi komputer terbaik yang pernah dihasilkan Microsoft selepas Windows XP.

Mana tidaknya, walaupun sudah selepas 10 tahun, Windows 7 masih lagi menjadi pilihan pengguna komputer sehingga ke hari ini.

Menurut data terbaru dari StatCounter, Windows 7 masih mengoperasikan 27.45% komputer seluruh dunia.

kedudukan sistem operasi windows
Kedudukan penggunaan sistem operasi Windows setakat November 2019. Kredit: Stat Counter

Beralihlah kepada Windows 10

Walaubagaimanapun, pengguna amat disyorkan supaya segera beralih dari sistem Windwos 7 kepada versi terkini sistem operasi Windows 10.

Ini kerana, Windows 7 kini menjadi sasaran utama penggodam yang mengambil kesempatan bagi mengeksplotasi kelemahan ciri keselamatan yang ada pada sistem operasi yang sudah usang itu.

Sebelum ini, penyelidik keselamatan dari Webroot dalam laporan keselamatan bagi pertengahan 2019 mendakwa, aktiviti serangan ke atas pengguna sistem operasi Windows 7 telah meningkat mendadak sejak Januari 2019.

Mereka mendakwa, insiden ekploitasi terhadap Windows 7 meningkat sehingga 75% dengan 71% daripada penggunanya telah terkesan dengan isu penggodaman.

Eksploitasi tersebut dibuat menerusi serangan perisian hasad yang menyerang sistem Windows 7 di dalam 3 lokasi utama sistem iaitu 41% di dalam temp, 24% di dalam appdata dan 11% di dalam cache.

Malah penyelidik keselamatan dari Kaspersky juga turut mengisukan perkara sama terhadap kebimbangan keselamatan pengguna Windows 7.

“The widespread use of Windows 7 is concerning, as there is less than six months to go until this version becomes unsupported. The reasons behind this lag vary depending on the software in place, which may be unable to run on the newest OS versions, to economic reasons and even just down to habit. Nonetheless, an old unpatched OS is a cybersecurity risk – the cost of an incident may be substantially higher than the cost of upgrading. This is why we recommend that customers migrate to supported versions and ensure that additional security tools are in place during the transition period.” – Alexey Pankratov, Enterprise Solutions Manager, Kaspersky.

Kesimpulan

Walaupun Microsoft ada menyatakan bahawa mereka akan masih mengemas kini ciri keselamatan Microsoft Security Essentials (MSE) selepas 14 Januari nanti, tetapi itu tidak bermakna ada patut bergantung sepenuhnya pada Microsoft.

Jadi, sekiranya anda masih menggunakan Windows 7 bagi mengoperasikan komputer anda, lepaskanlah sistem usang itu dan beralihlah kepada sistem operasi Windows 10 yang lebih moden, baik ciri keselamatannya dan dilengkapi dengan pelbagi ciri baru menarik yang boleh anda cuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here