Razer Blade 15 - Quadro Studio Edition lawan MacBook Pro 16

Perbandingan spesifikasi 2 model komputer riba berprestasi tinggi.

Jika anda miliki bajet sehingga RM17,000 untuk membeli sebuah komputer riba, model komputer riba manakah yang akan menjadi pilihan anda?

Di sini penulis suka untuk membandingkan 2 model komputer riba yang merupakan antara yang paling berkuasa ditawarkan di pasaran ketika ini iaitu Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition dari Razer dan MacBook Pro 16″ dari Apple.

Ini kerana, harga bagi spesifikasi tertinggi bagi 2 komputer riba ini adalah hampir sama iaitu sekitar RM17 ribu.

Sebagai rujukan awal, konfigurasi spesifikasi yang penulis tetapkan untuk Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition adalah berharga USD3,999.99. Manakala konfigurasi spesifikasi untuk MacBook Pro 16″ pula adalah berharga USD3,899.00 atau bersamaan dengan RM16,599.00.

Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition

Razer sememangnya adalah jenama terkenal yang menghasilkan komputer berprestasi tinggi dan aksesori premium bagi komputer.

Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition adalah model komputer riba terbaru mereka yang baru sahaja menjengah pasaran.

Malah ia adalah versi yang dinaik taraf dari model Razer Blade sebelumnya di mana secara khusus Razer menaik taraf rekaan papan kekunci mereka dengan yang lebih baik.

Papan kekunci RGB Razer Chroma™.

Berikut adalah spesifikasi pilihan penulis bagi Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition yang berharga USDUSD3,999.99 (sekitar RM17,000):-

  • Model – Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition
  • Sistem operasi – Windows 10 Pro
  • CPU – 9th Gen Intel® Core™ i7-9750H 6-Core (2.6GHz/4.5GHz)
  • GPU – NVIDIA® Quadro RTX™ 5000 Studio Edition (16GB GDDR6 VRAM)
  • Paparan – 15.6″ OLED 4K Touch 60Hz, 100% DCI-P3, HDR400, factory calibrated
  • Storan – 1TB SSD (M.2 NVMe PCIe 3.0 x4)
  • Memori – 32GB Dual-Channel (16GB x 2) DDR4-2667MHz
  • Port – 3x USB 3.2 Gen 2 (USB-A), Thunderbolt™ 3 (USB-C)

(Lihat spesifikasi penuh Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition di laman rasmi Razer.com)

MacBook Pro 16″

Komputer riba Apple MacBook Pro 16″ juga adalah model terbaru yang baru sahaja dilancarkan pada lewat tahun lalu menggantikan model MacBook Pro 15″.

Seperti semua sedia maklum, Apple telah menaik taraf perkakasan MBP ini dan tidak lagi menggunakan rekaan ppaan kkeunci butterfly yang bermasalah. Ia digantikan dengan rekaan gunting yang lebih baik.

Berikut adalah konfigurasi spesifikasi pilihan penulis bagi MacBook Pro 16″ yang berharga USDUSD3,899.00 (RM16,599.00):-

  • Model – Apple MacBook Pro 16″
  • Sistem operasi – macOS
  • CPU – 2.4GHz 8‑core 9th‑generation Intel Core i9 processor, Turbo Boost up to 5.0GHz
  • GPU – AMD Radeon Pro 5500M with 8GB of GDDR6 memory
  • Paparan – 16-inch Retina display with True Tone
  • Storan – 1TB SSD
  • Memori – 64GB 2666MHz DDR4
  • Port – 4x Thunderbolt 3

(Lihat spesifikasi penuh Apple MacBook Pro 16″ di laman rasmi Apple.com)

Perbezaan dan persamaan antara Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition dengan MacBook Pro 16″

Perbezaan dan persamaan ini sekaligus juga menjadi kelebihan dan kekurangan antara 2 komputer riba ini.

Melihat kepada spesifikasi 2 komputer riba tersebut, pembaca sudah boleh tahu kelebihan dan kekurangan yang ada.

Sebagai contoh, CPU Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition menggunakan Intel i7 dengan 6 teras sahaja. Sebaliknya MBP 16″ menggunakan cip Intel i9 dengan 8 teras yang lebih berkuasa.

Sementara persamaannya pula adalah kedua-duanya menyokong peranti kad grafik luar bagi meningkatkan lagi keupayaan kuasa grafik sedia ada menerusi sambungan Thunderbolt 3.

razer core x external graphics
Contoh peranti kad grafik luar Razer core x yang boleh disambungkan bersama komputer riba Apple atau Razer menerusi sambungan Thunderbolt 3.

Jadi, yang mana patut anda beli?

Sebenarnya tak sukar pun untuk memilih antara komputer riba Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition dan MacBook Pro 16″.

Boleh disimpulkan bahawa kedua-duanya sesuai untuk digunakan oleh para profesional khususnya yang terlibat dalam industri kreatif.

Namun begitu, jika dibandingkan spesifikasi antara 2 komputer riba ini, secara keseluruhannya ia adalah memihak kepada MacBook Pro 16″.

Ini kerana MBP 16″ dilengkapi dengan kuasa pemprosesan yang lebih tinggi, kapasiti memori RAM yang lebih besar, lebih ringan dan kualiti binaan yang lebih baik pada harga yang lebih murah berbanding Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition.

Walaubagaimanapun, jika anda seorang pemain tegar permainan komputer, Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition adalah pilihan terbaik untuk anda.

Ini kerana berdasarkan perbandingan benchmark kuasa grafik antara 2 komputer riba ini mendapati, prestasi NVIDIA® Quadro RTX™ 5000 (16GB GDDR6 VRAM) adalah jauh meninggalkan AMD Radeon Pro 5500M (8GB GDDR6). 

Sumber: Technical City

Malah, ujian perbandingan prestasi grafik antara 2 komputer riba ini ketika memainkan permainan komputer dari beberapa laman sesawang lain juga turut memihak Razer Blade 15 – Quadro Studio Edition.

Packed with an Nvidia Quadro RTX 5000 GPU, the Blade 15 nailed 54 frames per second on the Rise of the Tomb Raider benchmark (Very High, 1080p), crushing the MacBook Pro’s AMD Radeon Pro 5500M GPU, which hit 24 fps.LaptopMag

Kesimpulannya, buatlah pilihan yang bijak. Lihat kembali tujuan utama penggunaan komputer riba yang hendak dibeli itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here