razer core x external graphics

Razer Core X menambahkan kuasa grafik komputer riba Apple Macintosh dan Windows. 

Pada hari Selasa, 22 Mei baru-baru ini, pengeluar perkakasan komputer khusus bagi permainan video, Razer™ telah perkenalkan produk terbaru mereka yang dikenali Razer Core X. Ia merupakan perkakasan kad grafik luar yang direka khusus bagi meningkatkan keupayaan grafik bagi kompter riba.

Core X ini akan dapat mempertingkatkan kuasa grafik terbina dalam di dalam sesebuah komputer riba yang mengubahnya kepada sebuah mesin berkuasa sama seperti sebuah komputer meja.

Ini pastinya akan dapat memenuhi kepuasan hati kepada seorang pemain video tegar yang inginkan sebuah perkakasan mudah alih untuk dimainkan di komputer riba.

Kelebihan utama Razer Core X ini adalah harganya yang jauh lebih murah berbanding perkakasan kad grafik luar yang sedia ada di pasaran seperti dari Sonnet. Core X hanya berharga USD299.00 sahaja berbanding jenama lain yang juah lebih mahal.

Malah ia menyokong lebih banyak model komputer riba di mana ia sesuai digunakan bukan sahaja di komputer riba yang menggunakan sistem Windows tetapi juga turut menyokong penggunaan bersama komputer riba Apple Macintosh.

razer core x external graphics
Core X sesuai digunakan bersama komputer riba yang menggunakan sistem operasi Windows 10 Redstone 1 dan terbaru serta komputer riba Apple Macintosh yang menggunakan macOS High Sierra 10.13.4 dan terbaru yang dilengkapi dengan kad grafik AMD Radeon.

Menjadikannya lebih menarik lagi, Razer Core X ini dilengkapi dengan pembekal tenaga berkuasa 650W serta ciri kerangka yang boleh diluaskan bagi menampung sehingga 3 slot kad grafik sekaligus.

razer core x external graphics
Dilengkapi dengan pembekal kuasa 650W memudahkan anda menaik taraf kepada mana-mana model terbaru kad grafik dari NVIDIA atau AMD Radeon.

Walaubagaimanapun, hanya terdapat satu sahaja sambungan di Core X iaitu jenis sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) berkelajuan tinggi (40GBPS) bagi ia disambungkan kepada sesebuah komputer riba.

Jadi, ia hanya akan dapat disambungkan bersama model komputer riba terbaru yang dilengkapi dengan sambungan USB-C sahaja. Sebagai contoh, hanya model Macbook Pro 15″ keluaran 2016 dan terbaru sahaja yang menyokong Razer Core X ini.

Razer Core X sudah boleh mula berada di pasaran US, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Nordics, China, Australia, Hong Kong, Japan, Singapura dan Taiwan. Bagi pasaran Malaysia pula, ia belum dimaklumkan lagi tarikh jualannya.

Info lanjut keserasian kad-kad grafik untuk Razer Core X ini boleh didapati di laman web Razer.com.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here