
iPhone X Plus dengan skrin bersaiz 6.5″ akan menyokong mod melintang seperti iPad.
Selepas penemuan rekaan iPad Pro terbaru yang tertiris, kini giliran iPhone pula. Rekaan tersebut tertiris setelah ia ditemui dan dilaporkan oleh sebuah laman web dari Brazil, iHelpBR.
Sebelum ini memang terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Apple akan menghasilkan iPhone X Plus bersaiz 6.5″. Jadi, penemuan imej terbaru ini seperti mengesahkan bahawa Apple mungkin akan perkenalkan iPhone X Plus ini tidak lama lagi.
Sama sepertimana imej rekaan iPad Pro yang tertiris, imej iPhone X Plus ini juga ditemui menerusi iOS 12 versi Beta.
Berikut adalah antara beberapa imej-imej iPhone X Plus yang ditemukan oleh iHelpBR.


Jika dilihat kepada imej tersebut, secara luarannya rekaan iPhone X Plus adalah masih sama seperti iPhone X skrin bersaiz 5.8″. Cuma saiznya skrinnya dibesarkan kepada 6.5″ dengan resolusi paparan 1242×2688 piksel.
iOS 12 masih lagi dalam versi Beta yang hanya boleh dimuat turun oleh pengguna yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja. Versi penuh iOS 12 pula dijangkakan akan boleh dimuat turun oleh semua pengguna peranti iOS pada tahun ini juga.
Sumber artikel: 9to5mac

























[…] Rekaan iPhone X Plus tertiris […]