
Syarikat jam mewah H.Moser & Cie dari Swiss hasilkan jam seakan Apple Watch tapi…
Baru-baru ini, sebuah syarikat jam jenama H.Moser & Cie telah mengeluarkan sebuah jam ekslusif yang direka dengan rekaan yang hampir-hampir sama dengan rekaan Apple Watch. H. Moser & Cie merupakan sebuah syarikat jam yang hampir berusia 200 tahun yang berasal dari Switzerland. Swiss sememangnya sebuah negara yang terkenal dengan syarikat-syarikat berjenama khususnya dalam penghasilan produk jam tangan.
Jam tangan mewah terbaru yang dikenali sebagai Swiss Alp Watch Zzzz daripada H.Moser & Cie ini merupakan sebuah jam tangan keluaran khas di mana hanya sebanyak 20 utas jam tangan tersebut dihasilkan. Walaupun rekaanya seakan Apple Watch, tetapi sebenarnya jam ini bukanlah sebuah jam tangan digital. Ia adalah sebuah jam mekanikal sepenuhnya yang bermaksud, jam ini hanya memaparkan masa sahaja tanpa fungsi-fungsi lain sepertimana yang ada pada Apple Watch.
“Swiss Alp Watch Zzzz is designed to display the time, something it does beautifully. Seemingly simple, it is anything but.” H.Moser & Cie
Jam ini tidak menggunakan sebarang bateri sebaliknya kuasa pergerakan jam ini menggunakan sepenuhnya gerakan mekanikal dan kuasanya di cas dari tangan pengguna itu sendiri. Malah ia mempunyai rizab kuasa yang membolehkan ia mampu bertahan sehingga 4 hari tanpa cas. Terdapat 2 pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam dan Funky Blue. Oh ya, untuk pengetahuan anda ia telah pun habis dijual.
Kredit foto: H. Moser & Cie
Via: Market Watch

