Muat turun video-video YouTube dengan aplikasi Airy.
Aplikasi Airy merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda memuat turun video-video dari laman web YouTube ke dalam komputer anda. Kelebihan menggunakan Airy adalah seperti :-
- Video 4K
Dengan menggunakan Airy, anda boleh memuat turun video berkualiti definisi penuh (Full HD) sehinggalah video bersaiz 4K (UHD).
- Audio MP3
Anda juga boleh hanya memuat turun fail audio sahaja dari video YouTube tersebut. Tetapi pilihan format audio yang boleh dipilih hanya jenis MP3 sahaja.
- Lain-lain
Antara kelebihan lain aplikasi Airy adalah ia amat mudah digunakan dengan antaramuka aplikasi yang cukup ringkas. Anda hanya perlu salin dan tampal ‘link’ dari YouTube pada aplikasi tersebut dan pilih kualiti video yang dikehendaki. Selain itu, anda juga boleh memberhentikan video/audio yang dimuat turun dan menyambungnya semula jika mahu. Malah anda boleh muat turun senarai mainan (playlist) video dari YouTube sekaligus tanpa had limit jumlah video yang ada pada playlist atau channels YouTube tersebut!
Kesimpulan
Aplikasi Airy merupakan sebuah aplikais yang ringkas tetapi sangat berkuasa dengan cirinya yang mampu memuat turun sekaligus video dari ‘playlist’ atau sesebuah ‘channels’ di YouTube tanpa had. Malah ia juga boleh memuat turun video berkualiti 4K. Airy dibangunkan oleh syarikat pembangun aplikasi Eltima yang turut membangunkan beberapa aplikasi popular lain sepeti Commander One dan Elmedia Player. Anda boleh muat turun aplikasi Airy ini terus dari laman web Eltima.com secara percuma. Walaubagaimanapun, penggunaan secara percuma hanya membenarkan anda memuat turun fail video/audio dari YouTube sebanyak 2 kali sahaja.
Airy boleh dibeli dangan harga dari USD19.95. Tetapi anda boleh mendapat diskaun sebanyak 15% jika anda adalah pengguna Twitter. Aplikasi ini juga boleh digunakan di platfom Windows (bermula dari Windows XP sehingga terbaru). Manakala bagi pengguna Mac pula, bermula dari Mac OS X 10.7 sehingga macOS Sierra 10.12.
