Dikemaskini pada Mac 2018.

Kemaskini – Aplikasi Atlas Recall telah pun ditamatkan pembangunan dan perkhidmatannya pada Oktober 2017 yang lalu. Info lanjut boleh didapati di laman web Atlas.co.

Atlas Recall menyimpan memori dalam bentuk imej fotografik sepanjang penggunaan komputer anda.

Atlas Recall merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat pembangun aplikasi Atlas Informatics yang berpangkalan di Seattle, Amerika Syarikat. Syarikat ini diterajui oleh Jordan Ritter yang merupakan salah seorang pengasas bersama Napster iaitu sebuah paltfom muzik online popular pada awal tahun 2000. Jadi apakah aplikasi Atlas Recall ini?

Aplikasi Atlas Recall

Aplikasi Atlas Recall berfungsi sebagai pusat untuk penyimpanan segala aktiviti yang anda lakukan dalam komputer anda dalam bentuk imej bergambar. Maksudnya segala aktiviti anda lakukan di komputer seperti melayari internet, menaip, tetapan yang dibuat, aplikasi yang anda gunakan dan pelbagai lagi akan diambil gambar skrin (screenshot) secara automatik dan disimpan di aplikasi tersebut. Sebagai contoh anda boleh mencari dan membuka laman web yang pernah dilayari menerusi memori fotografik yang disimpan dalam aplikasi ini.

Review aplikasi Atlas Recall
Antaramuka aplikasi Atlas Recall.

Apa yang lebih menarik lagi adalah ia bukan hanya menyokong aplikasi yang tersedia ada di dalam komputer anda sahaja tetapi juga turut menyokong aplikasi pihak ketiga. Jadi sekiranya anda terlupa akan sesuatu apa yang anda lakukan di komputer tersebut, anda boleh mengingatinya kembali menerusi carian dari aplikasi Atlas Recall ini. Walaubagaimanapun…

Review aplikasi Atlas Recall
Anda boleh mencari semula aktiviti yang anda lakukan mengikut kategori dan masa ketika menggunakan komputer tersebut.

Privasi dan keselamatan pengguna

Setelah mencuba aplikasi ini, AriffMac dapati ia dapat membantu penggunanya menambah baik dari segi fungsi enjin carian data aktiviti yang berlaku di komputer anda. Namun begitu mungkin ada yang meragui tentang isu privasi dan keselamatan terutamanya. Ini disebabkan oleh segala imej fotografik yang disimpan diaplikasi ini mungkin dapat diakses dan dicerobohi. Tetapi menurut CEO Jordan Ritter, setiap imej yang diambil akan di enkrip demi keselamatan data pengguna di dalam pelayan. Jadi anda tidak perlu bimbang tentang isu keselamatan data-data penting anda seperti data perbankan, maklumat sensitif dan sebagainya.

Ataupun anda boleh menghentikan sebentar aplikasi ini daripada aktif mengikut tetapan berapa lama yang anda mahukan di bahagian menu bar Privasi. Di sini anda boleh menyah aktifkan aplikasi tersebut untuk tempoh 15, 30 atau 60 minit. Atau juga anda boleh membuat tetapan dengan menghalang terus Atlas Recall daripada menyimpan kandungan URL yang ditetapkan dengan adanya tetapan Block List.

Review aplikasi Atlas Recall
Anda boleh senaraikan URL yang mahu dihalang daripada Atlas Recall di bahagian Privacy – Settings.

Kesimpulan

Setelah mencuba aplikasi Atlas Recall ini didapati dengan fungsi imej fotografik, ia memudahkan lagi anda mengingati aktiviti yang dilakukan di komputer tersebut. Ia juga merupakan alternatif bagi enjin carian yang sedia ada seperti Spotlight (Mac) dan carian melalui History yang terdapat di pelayar web. Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma menerusi Mac App Store (Mac OS X El Capitan atau macOS Sierra) atau dapatkannya juga untuk peranti iOS anda di App Store. Untuk info lebih lanjut tentang aplikasi ini anda boleh dapatkannya di laman web Atlas Informatics. Buat masa ini aplikasi ini hanya boleh digunakan di komputer Apple Macintosh  dan peranti iOS sahaja. Belum ada lagi untuk sistem operasi Windows dan peranti Android.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here