
Avira Password Manager membantu anda menguruskan lambakan kata laluan anda.
Jika anda mengalami masalah dalam menguruskan lambakan kata laluan-kata laluan dari puluhan akaun internet yang dimiliki, terdapat aplikasi yang memberikan servis untuk memudahkan anda menguruskan kesemua kata laluan anda tersebut.
Avira Password Manager merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat pembangun aplikasi popular dalam bidang sistem keselamatan komputer iaitu Avira.
Avira Password Manager
Avira Password Manager baru sahaja dibangunkan oleh mereka pada lewat tahun 2016 yang lepas. Ia dibangunkan bagi membantu para pengguna internet menguruskan lambakan kata lauan yang sering mereka terlupa. Jadi dengan adanya aplikasi ini, pengguna tidak lagi akan terlupa puluhan kata laluan yang terpaksa diingat.
Aplikasi ini akan menyimpan segala kata laluan dari akaun-akaun email, sosial media, perbankan online dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, setiap kata laluan para pengguna akan disimpan dengan selamat dengan adanya sistem kata laluan yang dienkrip (encrypt passwords) menggunakan AES 256-bit standard.
Maksudnya hanya pengguna akaun Avira sahaja yang tahu kata laluan tersebut. Malah Avira sendiri tidak tahu kata laluan para penggunanya. Privasi dan keselamatan pengguna Avira menjadi keutamaan mereka.
Cara penggunaan
Untuk menggunakan aplikasi Avira Password Manager, anda perlu memuat turun extension plugin untuk pelayar web yang anda gunakan. Atau anda boleh saja pergi laman web Avira Password Manager dan klik butang Get it for free di laman web tersebut. Selepas itu akan keluar satu kotak dialog untuk anda memasukkan extension aplikasi tersebut ke dalam pelayar web anda.

Selepas itu, anda perlu mendaftar dengan membuat akaun Avira terlebih dahulu utnuk menggunakan servis ini. Selepas akaun Avira dibuat, anda kini perlu membuat kata laluan utama (master password) untuk anda gunakan bagi mengakses kesemua kata laluan akaun-akaun anda yang lain.

Selepas selesai di situ, anda sudah boleh menggunakan servis tersebut secara percuma. Sekarang anda hanya perlu menyimpan semua kata laluan akaun-akaun internet anda ke dalam Avira Password Manager.

Ataupun anda boleh saja log masuk terus dari akaun web anda (sebagai contoh yahoo mail). Nnati anda akan dapati satu kotak dialog keluar bagi memberikan pilihan kepada pengguna sama ada ingin menyimpan maklumat kata laluan dan nama pengguna ke dalam Avira Password Manager.

Pengguna aplikasi Avira Password Manager ini juga boleh melakukan beberapa tetapan penting bagi mereka menyesuaikan cara penggunaan servis tersebut mengikut kehendak pengguna sendiri.

Kesimpulan
Aplikasi Avira Password Manager merupakan salah satu daripada beberapa aplikasi yang menyediakan servis ini. Extension servis ini boleh digunakan bersama pelayar web Chrome v32 dan ke atas, Firefox 48 dan ke atas dan Avira Scout di platfom Mac dan Windows.
Selain itu, anda juga boleh memasukkan aplikasi ini di peranti yang menggunakan platfom iOS v8 dan ke atas dan Android v4.4 dan ke atas. Jika anda ingin mencuba aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama seperti Avira Password Manager, anda boleh mencuba aplikasi LastPass yang telah AriffMac review sebelum ini.






















