Battery Health 3

Monitor status bateri Mac dan peranti iOS anda dengan aplikasi Battery Health 3.

Di dalam komputer riba Apple Macintosh memang ada memaparkan status bateri bagi Mac tersebut. Cuma informasi yang diberikan adalah sangat ringkas dan tidak begitu berinformasi.

Jadi jika anda ingin mengetahui lebih banyak tentang status bateri Macbook, Macbook Air atau Macbook Pro, anda bolehlah menggunakan aplikasi Battery Health 3.

Battery Health 3

Aplikasi Battery Health 3 dibangunkan oleh FIPLAB Limited, syarikat pembangun aplikasi yang berdaftar di England dan Wales.

Syarikat ini telah menerima beberapa anugerah daripada Apple, Microsoft dan media arus perdana untuk pembangunan aplikasi yang berkualiti dan berguna serta amat popular dikalangan pengguna komputer dan peranti pintar.

Battery Health 3 adalah salah satu daripadanya di mana ia direka khusus bagi memonitor status bateri yang terdapat di dalam komputer riba Apple Macintosh.

Battery Health 3 UI
Pelbagai informasi berguna dipaparkan pada paparan antaramuka Battery Health 3.

Malah tidak setakat memaparkan informasi bateri Macbook, Battery Health 3 juga turut memaparkan status bateri peranti iOS iaitu iPhone dan iPad yang boleh disambungkan menerusi sambungan wayar mahupun sambungan WiFi.

Notifikasi battery health 3
Tetapan notifokasi Battery Health 3.

Jadi, dengan bantuan aplikasi ini, anda akan dapat informasi yang lebih jelas tentang status bateri Macbook serta peranti iOS anda seperti kitaran cas, umur peranti, status kesihatan bateri dan banyak lagi.

Pengguna juga dapat menyelusuri kembali aktiviti pengecasan bateri Macbook dan peranti iOS.

Kesimpulan

Jika anda berminat dengan aplikasi Batery Health 3 ini, anda bolehlah memuat turun dan menggunakannya secara percuma selama 3 hari dari laman FIPLAB.com.

Cuma untuk versi percuma, Batery Health 3 tidak memaparkan status bagi peranti iOS. Hanya versi penuh sahaja yang menyokong peranti iOS yang perlu dibeli pada harga USD9.99.

 

P/s: Alternatif lain kepada Batery Health 3 adalah aplikasi Coconut Battery.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here