Battery Monitor
Ketahui kesihatan bateri MacBook dengan aplikasi Battery Monitor. 

MacBook, MacBook Air dan MacBook Pro merupakan komputer riba Apple yang dilengkapi dengan bateri terbina dalam jenis lithium polymer yang dapat memberikan jangka hayat bateri maksimum dalam ruang yang padat di dalam komputer tersebut.

Berikut adalah senarai kategori MacBook yang dilengkapi dengan bateri lithium polymer terbina dalam:-

  • MacBook (13″, Lewat 2009) dan terbaru
  • MacBook (Retina, 12″, Awal 2015) dan terbaru
  • Kesemua model MacBook Air
  • Kesemua model MacBook Pro dengan Paparan Retina
  • MacBook Pro (13″, Pertengahan 2009) dan terbaru ; MacBook Pro (15-inch, Pertengahan 2009) dan terbaru.

Walaupun Apple ada menyatakan bateri MacBook mampu bertahan sehingga 1000x cas, tetapi lama kelamaan kemampuan bateri tersebut untuk menampung kapasiti kuasa bateri akan berkurangan dari masa ke semasa. Biasanya anda akan perasan keadaan itu selepas 2 atau 3 tahun ke atas setelah menggunakan MacBook tersebut.

Informasi tentang bateri MacBook ada dipaparkan pada menu status bar di macOS. Walaubagaimanapun info yang diberikan adalah sangat ringkas.

Bateri macbook
Paparan info status bateri di macOS boleh diaktifkan dari System Preferences – Energy Saver – Battery.

Jadi, jika anda inginkan info yang lebih bagi mengetahui keadaan kesihatan bateri tersebut, anda perlukan aplikasi Battery Monitor.

Aplikasi Battery Monitor  

Battery Monitor adalah aplikasi ringkas yang dapat memaparkan info tambahan untuk anda mengetahui keadaan kesihatan bateri MacBook yang anda gunakan.

Battery Monitor

Anda dapat melihat keadaan kesihatan bateri, kitaran cas, kapasiti bateri, masa yang diperlukan untuk bateri dicas penuh dan banyak lagi.

Review aplikasi Battery Monitor
Bateri MacBook Pro yang AriffMac gunakan kini hanya mampu menyimpan 43% sahaja daripada kapasiti bateri sebenar selepas 6 tahun menggunakannya.

Jika dilihat pada contoh di atas, Battery Monitor menunjukkan yang bateri MBP yang AriffMac gunakan hanya mampu menyimpan 43% daripada kapasiti sebenarnya (lihat pada Design capasity). Ini bermakna bateri MBP ini sudah wajib ditukar bagi mengelakkan ia daripada mengelembung dan seterusnya merosakkan perkakasan lain di dalam MBP tersebut. (Duit bateri ganti sedang dikumpul).

Anda juga boleh membuat tetapan tambahan terhadap aplikasi ini dibahagian Preferences…

Battery Monitor Preferences

Selain itu, aplikasi ini boleh dimasukkan dibahagian notifikasi macOS. Caranya sudah ditunjukkan sebelum ini di artikel Tetapan Notification Center di macOS.

Notification center

Kesimpulan

Battery Monitor adalah aplikasi alternatif untuk Mac yang dapat memberikan info tambahan keadaan bateri MacBook anda. Ia boleh dimuat turun percuma terus dari Mac App Store dan telah menerima review yang baik dari para penggunanya.

Secara keseluruhan, aplikasi ini amat mudah digunakan dan ia memberikan info yang anda perlukan. Namun begitu, jika anda inginkan lebih lagi informasi bateri MacBook tersebut, anda mungkin mahu mencuba aplikasi coconut Battery.

 

P/s: Sekadar nasihat. Jika anda ingin menukar bateri MacBook, Air atau Pro anda, sebaiknya gantikan dengan bateri yang original. Maksudnya dapatkan khidmat gantian bateri MacBook, Air atau Pro anda dari pusat servis bertauliah Apple. Mungkin ia sedikit mahal tetapi berbaloi.

Atau jika anda ada membeli AppleCare Protection Plan untuk MacBook tersebut, anda boleh mendapatkan gantian bateri MacBook, Air atau Pro secara percuma sekiranya anda dapati bateri MacBook tersebut mengekalkan kurang daripada 80 peratus daripada desain kapasiti asalnya selepas ia dicas penuh.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here