Boom 2 aplikasi menarik untuk anda BOOM kan lagi speaker Mac anda.

Boom 2 merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda menambah baik lagi kualiti bunyi yang dihasilkan dari pembesar suara (speaker) Mac anda. Selain itu anda juga boleh melakukan penetapan tertentu mengikut sedap halwa telinga anda mendengar lagu mahu pun bunyi filem yang anda tonton. Malah ia juga boleh menguatkan bunyi untuk pelbagai jenis format fail audio dan video. Senang cerita, Boom 2 akan menambahkan segala kekurangan bunyi yang ada di Mac.

Cara Penggunaan

Pertama sekali, aplikasi ini bukanlah percuma (habaq awai2). Tapi anda boleh mencuba aplikasi ini secara percuma selama seminggu. Anda boleh muat turun aplikasi Boom 2 ini terus dari laman web pembangun aplikasi tersebut. Selepas muat turun dan install aplikasi tersebut, anda sudah boleh menggunakannya.

boom-2.1

Antaramuka Boom 2 adalah ringkas dan mudah untuk and fahami dan gunakannya. Bagi anda yang pertama kali menggunakan aplikasi ini, apabila anda mengaktifkannya, Boom 2 akan membantu anda menetapkan kesesuaian bunyi untuk Mac anda (setiap penetapan berbeza mengikut jenis Mac yang digunakan).

boom-2.2
Pastikan anda cabut dulu peralatan pembesar suara yang bersambung dengan Mac anda sebelum meneruskan proses ini.

Selepas siap calibrate, anda akan dapati bunyi yang dihasilkan oleh Mac anda lebih baik bunyinya. Ini desebabkan hasil daripada penetapan automatik yang dibuat oleh aplikasi Boom 2 itu tadi. Tapi anda juga boleh mengubah penetapan tersebut mengikut kehendak anda.

boom-2.3
Antaramuka aplikasi Boom 2.

Bagi mode trial, terdapat limitasi penggunaan bagi beberapa ciri istimewa yang terdapat pada aplikasi Boom 2 ini. Anda boleh mencuba ciri-ciri tersebut tetapi hanya dalam tempoh 15 minit saja.

boom-2.4
3 Ciri istimewa Boom 2 ini anda boleh cubanyanya selama 15 minit.

Sekiranya anda mempunyai audio fail yang ingin dikuatkan bunyinya, anda boleh menggunakan Boom 2 untuk menguatkan bunyi audio tersebut di bahagian File Boosting.

boom-2.5
Hanya format fail mp3, m4a, aiff, caf, wav, mov, mp4, m4v, 3gp. 3g2 dan dv.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi Boom 2 ini juga terdapat di platfom iOS dan Boom2 Remote untuk memudahkan anda mengawal aplikasi Boom 2 di Mac anda dari peranti iOS anda. Selamat Mencuba  😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here