Aplikasi yang memberikan panduan pintasan papan kekunci bagi Mac dan aplikasi yang lain.

Sekiranya anda berasa sukar untuk menghafal pintasan papan kekunci Mac, ada aplikasi khas yang memudahkan anda untuk melihat pintasan-pintasan tersebut menerusi Menu Bar macOS anda. Aplikasi tersebut dikenali sebagai Button Shortcuts.

Aplikasi Button Shortcuts

Button Shortcuts merupakan sebuah aplikasi ringkas yang memudahkan anda melihat pintasan papan kekunci yang ada di macOS. Sebagai contoh pintasan seperti salin dan tampal, pilih semua, Emoji dan Simbol, Minimize App dan banyak lagi. Jadi ini secara tidak langsung dapat memudahkan anda mengakses dan mengetahui pintasan papan kekunci tersebut.

Dengan adanya aplikasi ini, anda tidak lagi perlu untuk melihat atau tercari-cari lokasi pintasan macOS di System Preferences. Aplikasi ini bukan hanya memaparkan pintasan macOS sahaja tetapi juga turut memberikan pintasan bagi beberapa aplikasi lain seperti pelayar web Safari, Chrome dan Firefox. Kesemua pintasan tersebut boleh dimuat turun dengan percuma dari aplikasi ini.

Anda juga boleh membuat carian pintasan papan kekunci dari ruang Search yang disediakan. Atau mencari pintasan yang dikehendaki mengikut kategori yang disediakan.

Melihat pintasan mengikut kategori.

Selain daripada pintasan aplikasi yang diberikan secara percuma, terdapat juga pintasan papan kekunci yang memerlukan anda membelinya untuk mendapatkan info pintasan aplikasi tersebut.

Buat masa ini hanya terdapat 3 pintasan aplikasi berbayar iaitu Pages, Word dan Photoshop CC.

Kesimpulan

Aplikasi Button Shortcuts ini merupakan aplikasi ringkas yang boleh membantu anda melihat dan ketahui pintasan macOS dan aplikasi lain dengan mudah. Anda tidak lagi perlu melihat satu persatu atau mencari pintasan-pintasan tersebut dari System Preferences atau mengaktifkan dulu aplikasi untuk mengetahui pintasan papan kekuncinya. Jadi ia memang menjimatkan masa anda.

Aplikasi ini amat berguna terutamanya kepada pengguna PC Windows  yang baru belajar menggunakan Mac. Aplikasi ini pastinya amat membantu pengguna baru Mac yang belum biasakan diri dengan pintasan macOS.

Walaubagaimanapun, pintasan papan kekunci yang ada buat masa ini adalah terhad kepada macOS, Finder, aplikasi Safari, Chrome, Firefox, Spotify, Evernote, Slack, Pages, Word dan Adobe Photoshop CC. Mungkin selepas ini akan ada lagi penambahan lain pada kemaskini akan datang oleh pembangun aplikasi ini nanti.

Sekiranya anda berminat dengan aplikasi Button Shortcuts ini, bolehlah anda  memuat turunnya secara percuma dari Mac App Store.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here