Mungkin berlaku kepada anda ketika di mana anda terpaksa melakukan suntingan terhadap dokumen berformat PDF. Pada dokumen tersebut anda ingin membuat perubahan atau penambahan maklumat. Jadi anda memerlukan aplikasi khas yang membolehkan anda melakukannya. Aplikasi Cisdem OCRWizard dapat membantu dan memudahkan anda berkerja dengan dokumen-dokumen berformat PDF tersebut.
Aplikasi Cisdem OCRWizard
Cisdem OCRWizard merupakan sebuah aplikasi yang mampu mengimbas imej dan menukar dokumen berformat PDF kepada fail yang boleh disunting untuk anda lakukan sebarang perubahan maklumat pada dokumen tersebut. Setiap imbasan terhadap dokumen PDF diimbas secara tepat oleh aplikasi tersebut yang dapat memudahkan anda melakukan suntingan yang diinginkan.
Ciri-ciri utama
Ciri utama aplikasi ini ialah ketepatan imbasan terhadap dokumen PDF dan anda boleh mengekspot dokumen tersebut kepada pelbagai jenis format fail yang lain. Selain itu ia juga mampu mengimbas pelbagai jenis bahasa yang digunakan pada dokumen PDF tersebut. Malah ia juga membolehkan pengguna menyunting gambar.
Aplikasi ini turut mampu mengekspot/mengubah format fail kepada lebih daripada 10 jenis format. Antara format-format tersebut ialah PDF, RTFD, DOC, DOCX, HTML, TEXT, ALTO, KEYNOTE, PAGES, PNG dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun…
Setelah AriffMac mencuba dan menguji aplikasi ini beberapa minggu, terdapat beberapa kelemahan ketara yang ada pada aplikasi ini. Kelemahan utama yang AriffMac dapati adalah berkaitan dengan kestabilan. Beberapa kali AriffMac berdepan dengan masalah aplikasi ini yang keluar secara tiba-tiba. Biasanya ia terjadi apabila AriffMac hendak mengimbas dan menyunting Business Card. Jadi, agak mengganggu di situ.
Selain itu, AriffMac dapati fail yang diubah kepada format lain dari dokumen PDF tersebut (sebagai contoh kepada format .DOCX) berlaku perubahan ejaan (tetapi tidak bagi bahasa Inggeris) serta kualiti imej yang rendah berbanding dari kualiti asal. Malah fail yang mahu di ekspot ke format lain juga tidak boleh diubah namanya dari aplikasi ini. Anda boleh ubah nama fail yang diinginkan selepas anda mengekspot fail tersebut.
Kesimpulan.
Pada pendapat AriffMac mungkin tidak semua pengguna memerlukan aplikasi ini. Aplikasi Cisdem OCRWizard ini mungkin amat berguna kepada anda yang banyak/biasa berurusan dengan dokumen-dokumen PDF yang perlu di edit bagi penambahan, perubahan atau untuk simpanan data-data di dalam komputer. Seperti yang AriffMac nyatakan di awal tadi, kelebihan utama aplikasi ini adalah ia mampu mengimbas dokumen PDF, Business card dan imej. Namun begitu terdapat beberapa kelemahannya dan hanya sesuai kepada mereka yang biasa berurusan dengan fail-fail PDF.
Jika anda ingin mencuba aplikasi Cisdem OCRWizard ini, bolehlah anda muat turun aplikasi ini di laman web CISDEM. Jika anda berminat untuk memiliki aplikasi ini pula bolehlah membelinya dari harga USD59.99. Tetapi jika anda membelinya sekarang (sebelum 10 Jan 2017) anda akan mendapat diskaun sebanyak 30% dan membelinya hanya pada harga USD41.99 sahaja. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi ini, sila layari laman web OCRWizard.
Notis Pemberitahuan: ariffmac.com tidak dibayar untuk melakukan ulasan ini. ariffmac.com telah dilengkapi dengan kod promo untuk membolehkan ciri-ciri yang ada pada aplikasi tersebut digunakan sepenuhnya.
0 commentsOn Review aplikasi Cisdem OCRWizard
Visitor Rating: 5 Stars