Adakah anda mengalami masalah menguruskan storan luaran (external hd) anda? Tahukah anda setiap kali anda menyambungkan storan luaran pada pelbagai jenis komputer ataupun gajet-gajet lain, storan tersebut akan menyimpan pelbagai data dan maklumat yang tidak berguna (junk files).
Junk files seperti DS_Store, .Spotlight-V100, .TemporaryItems dan .fseventsd terhasil daripada fail Mac OSX. Manakala data dan maklumat sampah seperti Thumbs.db, RECYCLED, RECYCLER dan $RECYCLE.BIN terhasil daripada sistem operasi Windows.
Aplikasi CleanMyDrive2 membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Setiap kali anda sambungkan storan luar pada Mac anda, aplikasi ini akan memadam segala fail dan data sampah tersebut secara automatik.
Selain itu, CleanMyDrive2 membolehkan anda keluarkan (eject) storan luar anda dengan lebih cepat. Sekiranya anda mempunyai banyak storan luaran yang disambung kepada Mac, dengan satu klik membolehkan kesemua storan tersebut dikeluarkan serta-merta.
Aplikasi ini sentiasa terletak di menu bar Mac anda. Setiap kali anda sambungkan storan luar anda, ia akan memaparkan maklumat jenis data yang terdapat pada storan tersebut mengikut warna tertentu.
Dapatkan aplikasi CleanMyDrive2.
Aplikasi CleanMyDrive2 ini berfungsi untuk pelbagai jenis storan luar yang anda ada seperti SSD, external hard drives, SD cards, USB flash drives dan banyak lagi (tidak untuk telefon Android, iPhone atau iPad). Ia amat berguna kepada anda yang selalu menyambungkan storan luar anda kepada pelbagai jenis gajet. CleanMyDrive2 adalah aplikasi percuma yang boleh anda muat turunnya dari Mac App Store. 🙂



















