CloudBerry ikon
Aplikasi yang membolehkan anda membuat salinan data ke storan awan atau storan luar dengan ciri-ciri premium.

Sebelum ini telah dikongsikan cara backup Mac menggunakan aplikasi Time Machine dan Carbon Copy Cloner. Tetapi sekiranya anda inginkan alternatif lain, terdapat sebuah lagi aplikasi backup percuma yang boleh anda gunakan untuk komputer anda iaitu CloudBerry Backup.

Aplikasi CloudBerry Backup

CloudBerry Backup ikon

CloudBerry Backup adalah sebuah aplikasi yang membolehkan anda membuat backup (menyalin data) Mac ke storan awan mahupun storan luar. Untuk storan awan, aplikasi ini menyokong 20 servis storan awan antaranya adalah Amazon S3, Amazon Glacier, Microsoft Azure, Google Cloud dan storan-storan awan yang lain.

Mungkin ramai di antara kita yang tidak memiliki storan-storan awan tersebut kerana servis tersebut perlu dibayar. Jadi anda boleh juga membuat backup menggunakan peranti storan luar yang anda ada.

Daftar aplikasi

Apabila aplikasi ini pertama kali diaktifkan, anda akan diminta memilih versi yang hendak digunakan iaitu sama ada percuma, percubaan selama 15 hari atau menggunakan versi penuh dengan memasukkan nombor kunci aplikasi ini jika anda membelinya.

CloudBerry backup freeApa yang membezakan antara versi percuma dan berbayar adalah versi percuma aplikasi ini tidak memiliki ciri pemampatan (compression) dan penyulitan data (encryption).

Selebihnya, kesemua ciri lain yang ada dalam versi bayar turut boleh digunakan pada versi percuma.

Selepas memilih versi yang dikehendaki, anda klik pada butang Next dan anda akan diminta memasukkan nama pengguna dan e-mel bagi mendapatkan kunci berdaftar aplikasi ini.

CloudBerry register

Selepas itu, anda salin kunci berdaftar yang diterima di e-mel anda dan tampalkannya pada ruang Enter registration key: Selepas itu, klik butang Finish dan kini anda sudah boleh mula menggunakannya.

Langkah penggunaan aplikasi

  1. Untuk memulakan proses backup, anda klik saja butang Back up Files.

CloudBerry UI

Selepas itu, anda bolehlah memilih lokasi untuk anda membuat backup Mac anda iaitu sama ada di servis storan awan atau peranti storan luar.

2. Backup plan: Cloud storage

CloudBerry storage location

Jika anda memilih storan luar, klik pada pilihan File System. Tetapi pastikan juga anda telah menyambungkan peranti storan anda dengan Mac terlebih dulu.

CloudBerry File System
Klik butang di hujung ruang Local Container bagi memilih storan luar anda.

Pada ruang Display name anda masukkan nama storan yang akan dipaparkan pada aplikasi ini. Seeloknya, gunakan nama yang sama dengan nama storan luar tersebut supaya tidak terkeliru.

Pada ruang Local Container pula anda perlu klik pada kotak pilihan dihujung bahagian ini bagi memilih peranti storan luar yang anda hendak gunakan sebagai storan backup anda.

Selepas selesai di situ, klik butang OK.

Backup plan cloud storage

Selepas itu anda akan dapati nama pada ruang Display name yang anda masukkan tadi akan terpapar pada bahagian ini dan kini anda bolehlah klik butang Continue.

3. Backup plan: Plan name

Seterusnya, anda akan diminta pula memasukkan nama pelan backup yang hendak digunakan. Tetapi ia boleh saja dibiarkan menggunakan nama pelan yang diberikan secara automatik oleh aplikasi ini. Selepas itu klik butang Continue.

CloudBerry plan name

4. Backup plan: Backup source

Kemudian di bahagian Backup source, anda bolehlah mula memilih fail-fail dan data-data yang hendak disalin ke dalam storan luar.

Atau jika anda ingin menyalin keseluruhan fail dan data yang terdapat di dalam storan Mac anda, tandakan sahaja pada kotak Macintosh HD (bergantung pada nama yang digunakan pada storan utama Mac anda).

CloudBerry backup source
Selesai memilih fail dan data, klik butang Continue.
5. Backup plan: Advanced Filter

Selepas dari itu, anda akan dibawa pula ke bahagian Advanced Filter yang memberikan anda tetapan tambahan terhadap fail dan data yang hendak di salin.

CloudBerry advanced filter
Jika tiada sebarang tetapan yang hendak dibuat, bolehlah klik terus butang Continue.
6. Backup plan: Compression and Encryption

Kemudian terdapat tetapan compression and encryption untuk pelan backup yang akan dibuat. Walaubagaimanapun, tetapan ciri keselamatan ini hanya ada bagi versi berbayar sahaja. Versi percuma tiada ciri tersebut. Jadi anda boleh abaikan bahagian ini dan klik saja butang Continue.

CloudBerry compression and encryption
AriffMac abaikan bahagian ini sebab menggunakan versi percuma aplikasi CloudBerry Backup.
7. Backup plan: Retention Policy

Seterusnya anda dibawa ke bahagian tetapan Retention Policy yang menyediakan pilihan pengekalan atau membuang secara automatik terhadap data-data terdahulu dari storan anda.

Bermakna anda boleh mengekalkan pelan data lama yang telah disalin atau membuangnya dengan menggantikannya dengan versi salinan (backup) yang baru.

CloudBerry RETENTION POLICY

8. Backup plan: Schedule

Seterusnya, anda juga boleh menetapkan secara automatik jadual proses membuat backup terhadap pelan backup yang dicipta.

CloudBerry schedule

8. Backup plan: Notification

Kemudian, anda diberi pilihan sama ada mahu menerima notifikasi melalui e-mel ataupun tidak terhadap proses backup yang berjaya dilaksanakan ataupun tidak.

CloudBerry notifikasi
Kalau mahu terima notifikasi di e-emel, tandakan pada kotak yang disediakan.
9. Backup plan: Summary

Akhir sekali adalah anda akan diberi ringkasan terhadap tetapan dan proses backup yang akan dibuat. Di sini jika anda ingin memulakan terus proses backup berjalan, anda perlu tandakan pada kotak Run plan now dan klik butang Done.

CloudBerry run plan now

Tetapi sekiranya anda ingin jalankan proses backup pada lain waktu, anda hanya perlu klik butang Done sahaja.

CloudBerry BACKUP RUNNING
Contoh proses backup sedang berjalan.

Apabila proses backup telah selesai dan berjaya dibuat, backup tersebut akan berada di dalam nama folder yang bermula dengan huruf CBB (singkatan kepada CloudBerry Backup).

CBB Backup

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik seperti Scheduled Backup, Retention Policy, Compression and Encryption (versi berbayar) dan Email Notifications.

Ia bukan sahaja membuat proses backup untuk servis storan awan sahaja, tetapi juga peranti storan luar anda. Lebih menarik lagi, ia boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Cuma buat masa ini, ia belum menyokong sepenuhnya format Apple File System yang digunakan di macOS High Sierra bagi membolehkannya membuat backup secara lancar ketika sesebuah fail sedang digunakan.

Versi yang ada ini juga belum memiliki ciri Full system backup yang menjadikannya sebagai pusat backup bagi fail dan setiap tetapan yang dibuat anda terhadap Mac tersebut.

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, aplikasi ini boleh digunakan secara percuma di Mac (Mac OS X 10.8 dan ke atas), Windows 7/8/10 dan Linux.

Bagi mendapatkan info lanjut tentang aplikasi CloudBerry Backup ini, anda bolehlah layari laman rasmi CloudBerry Lab.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here