
Dikemaskini pada 19 September 2017.
Sentiasa peka dengan status bateri Mac dan peranti iOS anda dengan aplikasi coconut Battery.
Bagi anda yang sudah lama menggunakan komputer Mac atau memiliki peranti iOS, anda pasti tertanya-tanya bagaimanakah keadaan bateri yang terdapat dalam peranti tersebut.
Jadi untuk mengetahui status bateri tersebut anda boleh gunakan aplikasi coconut Battery.
Dengan aplikasi ini, anda boleh mendapatkan info tentang keadaan bateri di dalam Mac dan peranti iOS (iPhone, iPad, iPod Touch).

Antara info tentang bateri tersebut yang boleh anda lihat daripada aplikasi ini adalah seperti umur Mac, peranti iOS dan bateri yang terdapat di dalamnya, berapa kali sudah anda melakukan proses cas pada bateri tersebut, status keadaan bateri dan banyak lagi.
Anda boleh memuat turun dan mengunakan aplikasi coconut Battery ini secara percuma. Tetapi  aplikasi ini turut mempunyai ciri istimewa sekiranya anda menaik taraf ke versi coconut Battery Plus.
Ciri istimewa yang ada pada cocnut Battery Plus adalah anda boleh mendapatkan info yang lebih terperinci tentang komputer Mac dan peranti iOS yang anda gunakan.
Ciri istimewa ini anda boleh tanpa ada tarikh luput, sebaliknya pembangun aplikasi ini memberikan peluang untuk anda mencubanya sebanyak 14 kali.
Ia dikira pada setiap kali anda mengaktifkan aplikasi tersebut. Jadi selagi anda tidak menutup komputer atau aplikasi ini, anda boleh menggunakannya sampai bila-bila.

Seperti yang AriffMac katakan tadi, aplikasi coconut Battery ini boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma terus dari laman web rasminya coconut-flavour.com.
Tetapi bagi versi coconut Battery Plus pula, anda perlu membelinya yang berharga RM44.99 untuk menggunakan semua ciri istimewa yang ada pada aplikasi tersebut selepas tamat 14 kali pengaktifan aplikasi coconut Battery Plus mod percubaan digunakan.
Untuk info lanjut tentang aplikasi ini, sila layari laman web pembangun aplikasi ini di coconut-flavour.com
P/s: Versi terbaru aplikasi coconut Battery 3.6.4 kini telah menyokong macOS 10.13 High Sierra dan peranti iOS 11.
[…] P/s: Alternatif lain kepada Batery Health 3 adalah aplikasi Coconut Battery. […]
[…] sama ada bateri iPhone anda sudah hilang keupayaannya pula, anda perlu menggunakan aplikasi coconut Battery. Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma dan mencuba kesemua ciri-ciri utamanya selama 14 dari […]
[…] Secara keseluruhan, aplikasi ini amat mudah digunakan dan ia memberikan info yang anda perlukan. Namun begitu, jika anda inginkan lebih lagi informasi bateri MacBook tersebut, anda mungkin mahu mencuba aplikasi coconut Battery. […]