Review aplikasi DesiGN Market - Templates
Anda boleh rambang mata melihat pelbagai desain bagi pelbagai produktiviti  yang disediakan untuk perisian penyuntingan imej dan produktiviti popular.

DesiGN Market – Templates adalah sebuah aplikasi komprehensif yang mengandungi pelbagai koleksi contoh-contoh rekaan grafik, karya seni, infografik, unsur-unsur grafik, dan kesan bunyi yang dibuat untuk memudahkan dan menambahkan keseronokan dalam kerja-kerja anda.

Ia dibangunkan oleh Graphic Node iaitu sebuah syarikat reka bentuk grafik yang berpangkalan di Kanada yang komited untuk mencipta tema dan template yang luar biasa kepada pengguna Mac.

Tidak kira apa jenis kerja-kerja yang anda lakukan, DesiGN Market – Templates ini pasti akan dapat memenuhi segala keperluan produktiviti anda.

Review aplikasi DesiGN Market - Templates
Antaramuka aplikasi DesiGN Market – Templates

Aplikasi ini mengandungi beratus-ratus perkara yang dikategorikan mengikut tema dan perisian yang anda sedang atau bercadang untuk gunakan.

Ia mengandungi 4 kategori utama mengikut item iaitu Printable, Presentations, Graphics dan Sounds. Kandungan yang terdapat di dalamnya pula adalah lebih daripada 12,000 fail yang dipecahkan kepada kategori kecil daripada kategori utama tersebut.

Pengasingan tersebut akan memudahkan anda memuat turun kandungan yang diinginkan secara lebih spesifik mengikut aplikasi produktiviti yang anda gunakan.

Kandungan yang terdapat di dalam DesiGN Market – Templates menyokong sebanyak 14 jenis aplikasi produktiviti termasuk aplikasi rekaan grafik yang boleh anda muat turun. Berikut adalah senarai aplikasi yang disokong oleh DesiGN Market – Templates:-

Aplikasi grafik Aplikasi produktiviti
Adobe Illustrator
Adobe Photoshop
Pixelmator
Apple iBooks Author
Apple Keynote
Apple Numbers
Apple Pages
Apple Mail
Google Docs
Google Sheets
Google Slides
Microsoft Excel
Microsoft PowerPoint
Microsoft Word

Untuk memuat turun kandungan yang ada dalam aplikasi ini, anda hanya perlu klik pada butang GET. Selepas itu, selesai saja fail tersebut selesai dimuat turun, ia secara automatik akan mengaktifkan aplikasi yang berkaitan dengan fail tersebut.

Review aplikasi DesiGN Market - Templates
Contoh fail desain grafik bagi aplikasi Adobe Photoshop yang dimuat turun dari DesiGN Market – Templates.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma. Malah anda boleh muat turun 5 contoh desain atau kandungan bagi kategori aplikasi produktiviti atau desain grafik secara percuma.

Walaubagaimanapun, untuk memuat turun kandungan template seterusnya, anda dikehendaki melanggan servis yang disediakan di aplikasi ini. Terdapat 2 pilihan langganan pakej yang boleh anda pilih iaitu secara bulanan ataupun secara tahunan.

Review aplikasi DesiGN Market - Templates
Anda boleh memilih langganan pakej ikut bulanan atau secara tahunan.

Langganan akan diperbaharui secara automatik dan anda boleh batalkannya pada bila-bila masa, tidak lewat daripada 24 jam sebelum permulaan tempoh langganan yang berikutnya.

Membatalkan langganan bererti anda akan mempunyai akses kepada kandungan anda sehingga penghujung tempoh yang sebelum ini anda telah melanggan. Jadi langganan tersebut tidak lagi akan diperbaharui melainkan anda melanggannya semula.

Kesimpulan

Kualiti template yang terdapat dalam DesiGN Market – Templates ini adalah bermutu, menarik dan unik. Aplikasi ini AriffMac simpulkan ia sebagai sebuah servis one stop center yang menyediakan pelbagai template menarik untuk produktiviti kerja-kerja anda.

Ia membantu anda dengan memberikan idea serta memudahkan anda menyediakan sesuatu kandungan dalam kerja-kerja produktiviti anda dengan pantas dan lain daripada yang lain.

Aplikasi ini boleh dimuat turun terus dari Mac App Store. Info lanjut aplikasi ini boleh didapati di laman web rasmi Graphic Node.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here