"/>

Review aplikasi Free Download Manager

In Aplikasi, Review On
- Updated

Aplikasi Free Download Manager dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Aplikasi Free Download Manager merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda memuat turun fail-fail yang menggunakan protokol perkongsian fail (peer to peer - P2P, senang cerita Torrent) serta video dan audio dari laman web popular seperti YouTube. Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada aplikasi ini antaranya seperti :-

  • Percuma!

Aplikasi ini boleh anda muat turun dan menggunakannya secara percuma. Nama aplikasi pun Free Download Manager. Jadi memang percumalah.

  • Boleh muat turun video dan audio dari YouTube

Selain memuat turun fail-fail yang menggunakan protokol P2P aka torrent, anda juga boleh memuat turun video dan audio dari Youtube. Anda boleh tetapkan saiz fail (kualiti) dan jenis fail video yang dikehendaki atau muat turun audio dari video itu sahaja.

Jenis fail audio dan video yang boleh dipilih agak terhad dan tidak boleh muat turun video youtube bersaiz 4K.

Kualiti fail video tertinggi yang boleh dimuat turun dari laman web YouTube oleh aplikasi ini adalah 1440p (Full HD). Namun begitu, tidak semua video yang boleh dimuat turun. Terutamanya video-video yang sumbernya anda salin dari laman rasmi sesebuah artis di YouTube.

Mungkin isu Hakcipta kot…
  • Muat turun fail Torrent

Ini merupakan citi utama aplikasi tersebut. Fail torrent yang dimuat turun adalah pantas dan stabil. Anda juga boleh memberhentikan proses muat turun tersebut kemudian sambung proses itu semula.

Anda boleh tetapkan kelajuan muat turun fail. Kalau nak perlahankan proses muat turun tu, klik saja ikon siput tu untuk mod Snails Mode.

Kesimpulan

Aplikasi Free Download Manager ini bagi AriffMac adalah sebuah aplikasi alternatif bagi aplikasi Torrent yang lain. Cuma ia ada ciri dan fungsi tambahan seperti boleh memuat turun video dan audio dari YouTube dan laman web video yang lain. Anda boleh muat turun aplikasi ini terus dari laman web Free Download Manager secara percuma. Aplikasi ini juga boleh digunakan diplatfom Windows.

Tinggalkan komen anda...

Mobile Sliding Menu