Review aplikasi Gihosoft TubeGet
Muat turun video YouTube kegemaran anda dengan aplikasi Gihosoft TubeGet.

Jika anda masih lagi tercari-cari aplikasi yang sesuai dengan anda untuk memuat turun video-video YouTube, anda bolehlah menggunakan aplikasi Gihosoft TubeGet.

Ia merupakan sebuah aplikasi ringkas tapi cukup berkuasa yang membolehkan anda memuat turun video-video YouTube berdefinisi tinggi (HD) mahupun bersaiz 4K.

Malah ia juga membolehkan anda memuat turun senarai main video, channel dan kategori video sekaligus.

Gihosoft TubeGet UI
Antaramuka aplikasi Gihosoft TubeGet.

Untuk versi percuma aplikasi ini, anda tetap boleh menggunakan sepenuhnya ciri-ciri utama yang dinyatakan pada awal tadi.

Tetapi anda tidak boleh menggunakan beberapa ciri utama yang lain seperti memuat turun video dari laman-laman sosial yang lain seperti video dari Facebook, Instagram, Tumblr dan Twitter.

Versi percuma juga menetapkan kelajuan maksimum memuat turun sesebuah video YouTube adalah pada 4Mbps sahaja.

Juga, anda tidak boleh memuat turun sarikata video YouTube serta menukar format video kepada format-format lain seperti  AVI, WMV, MKV dan untuk peranti pintar iOS dan Android.

Hanya versi berbayar sahaja yang memiliki ciri-ciri utama lain seperti tiada had kelajuan muat turun, ekstrak audio YouTube kepada format MP3 serta sokongan teknikal dan kemaskini aplikasi sepanjang hayat.

Aplikasi Gihosoft TubeGet boleh digunakan pada sistem operasi Windows 10/Windows 8/Windows 7/Vista/XP/2000/NT dan macOS dari versi OS X 10.6, 10.7; OS X 10.8, 10.9, 10.10, 10.11 dan macOS 10.12, 10.13, 10.14.

Jika anda berminat dengan aplikasi ini, bolehlah anda memuat turun ia secara percuma dari laman web rasmi pembangun aplikasi ini iaitu Gihosoft.com.

Atau jika anda berasa versi percuma tidak memadai untuk anda, anda bolehlah membeli aplikasi Gihosoft TubeGet ini yang berharga dari USD29.95.

 

Notis Pemberitahuan: AriffMac tidak dibayar untuk melakukan ulasan ini. AriffMac telah dilengkapi dengan kod promo oleh pembangun aplikasi ini untuk membolehkan ciri-ciri yang ada pada aplikasi tersebut digunakan sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here