Dikemaskini 11 September 2018.

Aplikasi iPhone Screen Recorder dari AceThinker membolehkan pengguna merakam aktiviti skrin yang berlaku di peranti iOS.

Pada beberapa minggu yang lepas, AriffMac telah dihubungi oleh sebuah syarikat pembangun aplikasi dari United Kingdom iaitu AceThinker Limited.

Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat pembangun perisian dan aplikasi bagi komputer dan peranti mudah alih. AriffMac telah diminta untuk membuat review untuk salah sebuah aplikasi yang dibangunkan mereka iaitu iPhone Screen Recorder.

AceThinker iPhone Screen Recorder

Aplikasi iPhone Screen Recorder merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna peranti iOS memaparkan dan seterusnya merakam aktiviti yang berlaku di skrin peranti iOS tersebut dari skrin komputer.

Sebagai contoh anda boleh merakam video segala aktiviti yang anda lakukan pada peranti tersebut dari komputer anda (Mac atau Windows) secara sambungan tanpa wayar dengan adanya ciri istimewa ‘AirPlay Mirroring’ di iOS 9 dan iOS 10.

iphone-screen-recorder
Aplikasi ini membolehkan anda memaparkan antaramuka peranti iOS anda di skrin komputer.

Kelebihan

Kelebihan utama aplikasi ini adalah ia bukan sekadar memaparkan antaramuka peranti iOS anda di skrin komputer yang digunakan, tetapi anda boleh merakam dan membuat screenshot antarmuka peranti iOS tersebut.

Kualiti paparan dan rakaman video yang dibuat pula adalah sangat baik dan jelas. Antaramuka aplikasi yang ringkas ini memudahkan anda menggunakannya.

butang-fungsi-ios-recorder
4 Fungsi utama butang aplikasi iPhone Screen Recorder.

Pada antaramuka aplikasi ini, terdapat 4 butang utama untuk digunakan. Butang pertama adalah butang Record untuk memulakan rakaman, butang kedua iaitu Screenshot adalah untuk mengambil screenshot skrin peranti iOS, butang ketiga pula iaitu Open Folder bagi memudahkan pengguna membuka lokasi folder fail rakaman dan screenshot yang telah dibuat.

Manakala butang keempat , Disconnect untuk memutuskan sambungan tanpa wayar antara komputer dan peranti iOS tersebut.

Video rakaman skrin peranti iOS dari aplikasi ini boleh anda membuat tetapan tertentu pada aplikasi tersebut seperti kualiti rakaman video, lokasi simpanan fail dan lain-lain. Tetapan tersebut terdapat di bahagian Menu – Option.

general-setting-ios-screen-recorder

Tetapan di bahagian General settings, anda boleh menukar kualiti paparan visual skrin antaramuka iOS di komputer anda. Hanya terdapat 2 pilihan yang diberikan iaitu 720p dan 1080p  (Full HD) sahaja.

recording-setting-ios-screen-recorder

Tetapan di bahagian Recording settings pula membolehkan pengguna memilih jenis format rakaman video, kualiti rakaman video, rakaman audio dan lokasi fail yang hendak disimpan.

Untuk tetapan Video format, terdapat beberapa format utama video yang boleh anda pilih seperti MP4, AVI, MOV dan banyak lagi. Di tetapan Video quality pula, anda boleh lbuat tetapan kualiti video sama ada Low, Standard atau High.

Manakala untuk tetapan di Audio Input pula, anda boleh pilih tetapan cara untuk merakam audio dari peranti iOS bersama video yang sedang dirakam. Terdapat beberapa pilihan tetapan yang boleh dipilih di sini.

  • None – pilihan ini jadikan video yang anda rakam tiada bunyi langsung.
  • System sound – tetapan ini akan merakam bunyi yang dihasilkan oleh peranti iOS (contoh bunyi dari aplikasi atau lagu yang dimainkan) bersama video yang sedang dirakam.
  • Microphone – Tetapan ini pula hanya akan merakam bunyi yang dirakam dari mikrofon peranti iOS. Ia tidak akan merakam bunyi yang terhasil daripada aplikasi atau lagu-lagu yang sedang dimainkan di peranti iOS anda.
  • System sound and microphone – Manakala tetapan ini pula akan merakam bunyi yang terhasil dari aplikasi dan bunyi dari luaran persekitaran anda (contoh percakapan anda).

Contoh video yang dirakam oleh AriffMac dari iPhone 5 menggunakan aplikasi iPhone Screen Recorder.

Limitasi

Walaupun aplikasi ini mampu memainkan dan merakam video skrin peranti iOS dari komputer anda, AriffMac dapati masih terdapat kelemahan pada aplikasi iPhone Screen Recorder ini.

Sebagai contoh aplikasi ini tidak membolehkan anda mengawal peranti iOS anda dari komputer yang anda gunakan. Maksudnya anda hanya boleh merakam dan memaparkan antaramuka peranti iOS di skrin komputer anda sahaja. Mengawal dan menggunakan peranti iOS tetap hanya dari sentuhan di peranti tersebut.

Selain itu, aplikasi ini tidak boleh memaparkan video yang dimainkan dari youtube di skrin komputer anda. Jika anda berbuat demikian, sambungan antara peranti dan komputer akan terputus secara automatik.

Tetapi ia boleh pula memaparkan video dari aplikasi Instagram. Selain itu juga, paparan skrin iOS di aplikasi ini tidak berubah kedudukan mengikut keadaan peranti iOS tersebut dikawal.

Maksudnya antaramuka peranti iOS yang dipaparkan di skrin komputer tetap dalam kedudukan menegak walaupun anda mengambil gambar dari peranti iOS dalam keadaan melintang. Tetapi ia tidak berlaku jika anda memainkan aplikasi permainan.

ios-screen-recorder-test
Boleh paparkan dan rakam permainan yang sedang dimainkan di peranti iOS ke skrin komputer.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, setelah mencuba berkali-kali aplikasi iPhone Screen Recorder ini, pada pendapat AriffMac aplikasi ini amat berguna kepada anda yang suka membuat video tutorial cara menggunakan peranti iOS (iphone, iPad, iPod Touch) atau mungkin juga bagi mereka yang suka merakam permainan yang dimainkan.

Fungsi utama aplikasi ini adalah bagi merakam segala aktiviti yang berlaku di skrin peranti iOS dari komputer anda dan ia berfungsi dengan baik dan lancar sekali.

Proses membuat sambungan antara peranti dan komputer juga amat mudah dengan adanya ciri ‘AirPlay Mirroring’ di peranti iOS.Aplikasi ini boleh digunakan di platfom Windows dan juga Mac.

Anda boleh mencuba dan membeli aplikasi ini yang berharga USD 29.95 di laman web AceThinker. Selain daripada aplikasi ini, terdapat juga beberapa aplikasi lain yang turut dibangunkan oleh mereka seperti Screen Grabber Pro, PDF Writer dan Video Keeper.

 

Notis Pemberitahuan: AriffMac.com tidak dibayar untuk melakukan ulasan ini.AriffMac.com telah dilengkapi dengan kod promo untuk membolehkan ciri-ciri yang ada pada aplikasi tersebut digunakan sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here