Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate

Dikemaskini pada Selasa 24 Oktober 2017.

Aplikasi iMyone Umate memudahkan pengguna menyelenggara peranti iOS mereka dengan mudah dan berkesan.

Beberapa hari lalu AriffMac telah dihubungi oleh sebuah syarikat pembangun aplikasi yang dikenali sebagai Shenzen iMyfone Technology Co. Ltd.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang membangunkan aplikasi khas bagi penyelenggaraan sistem operasi iOS. Jadi AriffMac telah diminta untuk mereview sebuah aplikasi penyelenggara iOS yang dikenali sebagai iMyfone Umate.

iMyfone Umate

Aplikasi iMyfone Umate merupakan sebuah aplikasi penyelenggara peranti iOS. Ia adalah aplikasi ringkas dah mudah digunakan tetapi dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu mengaktifkan aplikasi ini terlebih dahulu, kemudian sambungkan peranti iOS anda (iPhone, iPod Touch atau iPad) ke komputer (Mac atau PC).

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Antaramuka aplikasi imyfone Umate yang ringkas dan mudah digunakan.

Selepas sambungan dibuat, anda sudah boleh mula menggunakan aplikasi ini untuk selenggara peranti iOS anda. AriffMac menguji aplikasi ini bersama iPad Mini yang menggunakan iOS 9.3.5 dan jugan iPhone 6s yang menggunakan iOS 10.

Setakat yang AriffMac uji, aplikasi ini berfungsi tanpa sebarang masalah bersama sistem terbaru macOS Siera 10.12 (kini turut menyokong macOS High Sierra 10.13) dan ke dua-dua versi iOS tersebut.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Klik pada ikon Quick Scan untuk membolehkan aplikasi ini mengimbas kandungan di dalam peranti anda.

Terdapat 6 bahagian utama pada aplikasi iMyfone Umate ini. Home merupakan bahagian di mana ia memaparkan keseluruhan ciri-ciri/fungsi-fungsi utama yang terdapat pada aplikasi tersebut iaitu Junk Files, Temporary Files, Photos, Large Files dan Apps.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
5 fungsi utama yang ada pada aplikasi iMyfone Umate.

Junk Files

Fungsi di bahagian Junk Files ini membolehkan anda membuang data-data cache dari gambar, fail-fail rosak dan lain-lain. Setiap kali sesebuah aplikasi dimuat turun, dibuka dan sebagainya, peranti iOS anda akan menghasilkan data-data cache yang tersembunyi.

Jadi fungsi di bahagian ini memudahkan anda membuang segala data-data yang dikategorikan sebagai sampah di dalam peranti tersebut dengan hanya klik pada butang Clean.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Junk Files.

Temporary Files

Temporary Files merupakan tempat di mana data-data yang mengandungi maklumat sementara bagi sesebuah fail baru sedang dibuat di dalam peranti iOS anda.

Ia mungkin mengandungi fail-fail yang tidak lengkap atau rosak di dalam peranti iOS tersebut. Data-data seperti ini memang biasa ada dalam peranti iOS.

Biasanya fail-fail seperti ini memang tidak digunakan dan akan memenuhkan ruang storan peranti iOS anda. Dengan adanya aplikasi ini, data-data tersebut boleh dibuang dengan mudah.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Temporary Files berjaya dibuang.

Photos

Ciri yang paling AriffMac tertarik pada aplikasi iMyfone Umate ini adalah fungsi yang ada di bahagian Photos. Terdapat 2 pilihan yang boleh anda pilih di bahagian ini iaitu Backup & Compress dan Backup & Delete.

Backup & Delete membolehkan anda memindahkan gambar-gambar dari dalam peranti iOS ke dalam komputer anda. Tetapi jika anda memilih pilihan ini, segala gambar-gambar yang dipilih untuk dipindahkan ke dalam komputer akan dipadam dari peranti iOS anda.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Fungsi Photos.

Manakala pilihan Backup & Compress pula tidak akan memadamkan gambar-gambar tersebut. Sebailknya ia akan dimampatkan (compress) dalam bentuk fail yang bersaiz lebih kecil tanpa kehilangan kualiti gambar yang asal.

Anda bayangkan fail gambar yang bersaiz 1.5MB dapat dikecilkan menjadi 300KB (lebih kurang) tanpa hilang kualitinya. Anda telah dapat menjimatkan saiz data antara 50% hingga 70%.

Apa yang lebih menarik lagi adalah proses pengecilan tersebut berlaku ketika proses pemindahan gambar-gambar berlangsung ke dalam storan komputer anda. Jadi proses pemindahan dan pengecilan tersebut berlaku secara serentak. Ia sekaligus menjimatkan masa anda menyelenggara peranti iOS anda.

Pada AriffMac, ia merupakan satu ciri terpenting yang ada pada aplikasi ini. Jadi gambar-gambar yang dimampatkan akan disimpan di dalam peranti iOS dan gambar asal pula dipindahkan ke storan komputer anda. Secara tidak langsung ia telah dapat menjimatkan penggunaan storan di peranti iOS.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Fungsi Backup & Compress sedang berjalan.

Namun begitu, terdapat limitasi pilihan lokasi yang boleh dipilih bagi pemindahan gambar-gambar ke dalam storan komputer. Aplikasi ini secara automatik akan memindahkan gambar-gambar dari peranti iOS ke dalam fail yang telah ditetapkannya. Pengguna tidak boleh menetapkan sendiri lokasi pemindahan gambar-gambar tersebut di dalam komputer.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Klik pada Open Backup Folder untuk melihat fail foto yang dipindahkan di dalam komputer.

Selain daripada itu juga, AriffMac dapati gambar-gambar yang telah dimampatkan yang berada di dalam peranti tidak boleh lagi dipindahkan menggunakan aplikasi Photos di Mac.

Anda perlu menggunakan aplikasi iMyfone Umate ini untuk memindah gambar-gambar termampat (compress) tadi ke dalam Mac anda. Malah gambar-gambar yang dimampatkan juga tidak boleh dibuang menggunakan aplikasi Photos di peranti iOS tersebut.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Gambar-gambar yang dimampatkan oleh aplikasi iMyfone Umate tidak boleh diimport menggunakan aplikasi Photos Mac.

Large Files

Di bahagian Large Files pula, anda boleh mengimbas data data-data yang bersaiz besar. Anda juga boleh menetapkan berapa besar saiz data untuk mula diimbas.

Walaubagaimanapun, setakat yang AriffMac cuba, aplikasi kasi ini hanya mampu mengimbas data-data berformat video sahaja seperti mov, mp4 dan avi. Ia tidak pula mengimbas dokumen besar berformat seperti  PDF atau format audio WAV.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Large Files.

Apps

Manakala Untuk bahagian Apps pula, anda boleh membuang aplikasi yang tidak dikehendaki. Mungkin terdapat aplikasi-aplikasi yang tidak diperlukan atau jarang digunakan, jadi anda boleh membuang aplikasi tersebut dari sini.

Namun begitu, anda tidak boleh menggunakan dari bahagian ini untuk memasukkan aplikasi ke dalam peranti iOS anda. Anda hanya boleh membuang aplikasi sahaja, tidak untuk memasukkannya ke peranti.

Review aplikasi penyelenggaraan iOS - iMyfone Umate
Apps.

Kesimpulan

Setelah puas menguji aplikasi iMyfone Umate ini selama  beberapa hari, Ariffmac dapati ia memang berfungsi dengan baik dan benar-benar mampu menjimatkan ruang storan di dalam peranti iOS.

Segala data-data cache, sampah-sarap daripada data-data yang tidak diperlukan dapat dibuang dengan mudah. Jadi ruang storan peranti dapat diuruskan dengan baik.

Begitu juga dengan fungsi di bahagian Photos yang membolehkan gambar-gambar dikecilkan tanpa hilang kualiti gambar yang asal.

Pada pendapat AriffMac, ciri tersebut merupakan ciri terpenting pada aplikasi ini yang pastinya amat diperlukan oleh mereka yang suka mengambil gambar tanpa risaukan had ruang storan peranti iOS mereka.

Namun begitu, diharapkan nanti terdapat fungsi antaramuka pilihan lokasi yang boleh dibuat bagi pemindahan gambar-gambar ke dalam komputer.

Secara keseluruhannya, aplikasi ini berfungsi sepertimana tujuan ia dihasilkan iaitu memudahkan pengguna menyeleggara storan peranti iOS dengan mudah dan berkesan.

Sekadar maklumat tambahan, aplikasi ini menyokong bagi peranti iOS berikut:-

  • iPhone – iPhone X, iPhone 8 Plus, iPhone 8, iPhone 7 Red, iPhone 7 Plus, iPhone 7, iPhone SE, iPhone 6s Plus, iPhone 6s, iPhone 6 Plus, iPhone 6, iPhone 5s, iPhone 5c, iPhone 5, iPhone 4s, iPhone 4
  • iPad – Kesemua model iPad Air, iPad mini, iPad Pro dan iPad
  • iPod Touch – iPod touch 6, iPod touch 5, iPod touch 4, iPod touch 3, iPod touch 2, iPod touch 1

Aplikasi iMyfone Umate ini boleh anda miliki dengan memuat turunnya dari laman web iMyfone. Aplikasi ini berharga USD 29.95. Tetapi sempena Hari Halloween, iMyfone Umate boleh dimuat turun secara percuma. Anda hanya perlu like page iMyfone dan anda boleh muat turunnya secara percuma bermula dari 24 Oktober sehinggalah 7 November 2017 nanti.

Selain itu sempena Hari Halloween ini juga, iMyfone turut memberikan secara percuma aplikasi iMyfone D-Port iaitu aplikasi alternatif untuk anda membuat back up atau restore peranti iOS anda.

Aplikasi iMyfone Umate ini juga boleh digunakan di Windows 10, 8, 7, Vista dan XP. 🙂

Notis Pemberitahuan: AriffMac tidak dibayar untuk melakukan ulasan ini. AriffMac telah dilengkapi dengan kod promo untuk membolehkan ciri-ciri yang ada pada aplikasi tersebut digunakan sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here