review aplikasi photobulk
Masukkan tera air (watermark), tukar format dan gantikan nama fail bergambar anda sekaligus secara pukal dengan aplikasi PhotoBulk.

Kebiasaannya, apabila anda mengambil sesuatu gambar pastinya tetapan kamera bagi peranti tersebut ditetapkan kepada tetapan terbaik supaya kualiti imej yang diambil berkualiti tinggi.

Aktiviti mengambil gambar memang menyeronokkan dan tanpa disedari anda mungkin telah mengambil beribu-ribu gambar dengan peranti tersebut. Gambar-gambar yang diambil juga mungkin bukan hanya setakat disimpan sebagai simpanan peribadi sahaja, tetapi anda mungkin ingin mengkongsikan gambar-gambar tersebut dengan rakan-rakan anda.

Di sinilah bermulanya masalah kepada anda apabila beratus gambar yang diambil tadi sukar untuk dikongsikan akibat daripada saiz data gambar-gambar tersebut yang terlalu besar.

Aataupun mungkin juga ada sebahagian dari gambar-gambar itu yang anda mahu letakkan tera air padanya sebagai tanda ia adalah hak milik ekslusif anda. Maka di sinilah anda memerlukan aplikasi PhotoBulk yang dapat memberikan penyelesaian kepada permasalah yang dihadapi tadi.

Aplikasi PhotoBulk

PhotoBulk adalah sebuah aplikasi suntingan gambar berguna yang dapat memproses imej-imej yang disunting secara pukal. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri menarik bagi penyuntingan gambar berpukal seperti menukar nama fail, memasukkan tera air pada kesemua gambar secara automatik, mengoptimasi dan menukar saiz gambar serta mengubah format gambar.

Antaramuka dan ciri-ciri utama

Photobulk UI

Terdapat 3 bahagian utama yang dipaparkan pada antaramuka aplikasi PhotoBulk iaitu Watermark, Post Processing dan Export.

  • Watermark

Memasukkan tera air pada imej adalah ciri utama aplikasi ini di mana terdapat 4 jenis tera air yang boleh digunakan iaitu tera air dalam bentuk bentuk  Text, Image, Datestamp dan Script.

Setiap jenis tera air ini boleh dibuat tetapannya sendiri mengikut kreativiti anda seperti menukar warna teks dan memilih imej bagi tetapan tera air Image.

  • Post Processing

Pada bahagian Post Processing terdapat 2 ciri utama Photobulk iaitu Resize dan Optimize. Tetapan Resize memudahkan anda mengubah kelebaran dan ketinggian imej berdasarkan tetapan yang dimahukan anda. Terdapat 5 tetapan untuk mengubah saiz imej iaitu By width, By height, By percentage, Free size atau By max size.

Manakala tetapan Optimize pula adalah untuk mengecilkan saiz fail imej tapi tanpa mengurangkan kualiti sebenar imej tersebut. Ini adalah salah satu ciri berkuasa yang ada pada aplikasi ini.

  • Export

Di bahagian Export pula terdapat 3 pilihan tetapan yang boleh diaktifkan iaitu Format, Metadata dan Rename.

Format membenarkan anda menukar format fail asal imej-imej tersebut kepada format fail yang lain. PhotoBulk boleh menukar fail imej kepada 5 jenis format fail yang berbeza iaitu JPEG, PNG, GIF, BMP dan TIFF. Atau anda juga boleh saja mengekalkan format fail asal imej tersebut.

Metada pula memberikan pilihan kepada anda sama ada mahu kekalkan atau membuang keseluruhan set data asal yang dibawa oleh imej-imej. Pilihan Metadata yang diberikan adalah GPS Data, Camera Info dan Copyright and Contact Info.

Dan yang akhir sekali adalah Rename iaitu ciri bagi menukar nama fail imej-imej mengikut turutan yang memudahkan anda mengurus nama-nama fail imej yang disunting di sini secara pukal.

Photobulk features
4 jenis tera air yang boleh digunakan sekaligus atau berasingan iaitu Text, Image, Datestamp dan Script.

Cara penggunaan

Menggunakan aplikasi amat mudah iaitu anda hanya perlu menarik masuk satu-persatu imej atau selonggok imej sekaligus ke dalam aplikasi ini. Kemudian anda sudah boleh mula meletakkan tera air pada imej-imej tersebut dan membuat tetapan menggunakan ciri-ciri yang ada dalam aplikasi ini.

Apabila tera air telah dimasukkan, tetapan tera air tersebut akan diaplikasikan pada kesemua imej-imej yang anda masukkan tadi ke dalam aplikasi ini secara automatik.

Jadi anda mungkin ingin preview dulu setiap tera air pada kesemua imej bagi menyemak sama ada tera air yang diletakkan pada imej berada pada kedudukan yang sesuai.

Ini kerana mungkin terdapat imej-imej yang anda masukkan itu terdapat pelbagi jenis saiz yang berbeza. Jadi mungkin akan ada perletakan tera air pada beberapa imej tidak berada pada kedudukan yang sesuai.

Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan tetapan tera air dan kualiti imej yang hendak diekspot, anda bolehlah klik butang Start untuk memulakan proses ekspot imej-imej tersebut.

Photobulk processing

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aplikasi ini amat mudah digunakan. Ia amat berguna kepada anda dan memudahkan kerja-kerja memasukkan tera air pada imej memproses imej-imej tersebut secara pukal sekaligus.

Tidak sekadar menjimatkan masa, anda juga tidak perlu risau dengan kualiti dan format imej yang ditukar kerana aplikasi ini dapat mengoptimasikan kualiti imej-imej tersebut. Secara tidak langsung ia memudahkan anda mengkongsikan fail-fail imej tersebut di pelbagai platfom.

Jika anda berminat dengan aplikasi PhotoBulk ini bolehlah anda membelinya yang berharga RM39.90 terus dari Mac App Store. Aplikasi ini sesuai digunakan di macOS 10.10 dan terbaru.

Info lanjut tentang aplikasi ini boleh di dapati di laman web Eltima Software.

 

Notis Pemberitahuan: AriffMac tidak dibayar untuk melakukan ulasan ini. AriffMac telah dilengkapi dengan kod promo untuk membolehkan ciri-ciri yang ada pada aplikasi tersebut digunakan sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here