review aplikasi uplet
Muat naik foto dan video ke Instagram terus dari Mac anda dengan menggunakan aplikasi Uplet.

Jika anda mencari penyelesaian untuk memudahkan anda memuat naik foto dan video  , anda ke laman sosial Instagram, anda boleh menggunakan aplikasi Uplet. Ia adalah sebuah aplikasi ringan yang memudahkan pengguna Mac mengkongsikan foto dan video mereka ke laman Insta terus dari Mac.

Kelebihan

Kelebihan aplikasi ini adalah antaramukanya yang ringkas, menyokong ciri lebih dari satu akaun pengguna, boleh memuat naik lebih dari satu gambar atau video atau kedua-duanya sekali, memasukkan kapsyen, menyokong imej beresolusi tinggi dan pelbagai jenis format foto dan video.

Cara penggunaan

Menggunakan aplikasi ini amat mudah di mana anda hanya perlu menarik masuk imej dan video anda terus ke dalam aplikasi ini.

Kemudian anda bolehlah memasukkan kapsyen dan klik butang Share untuk memuat naik gambar dan video anda ke laman Instagram. Selesai…

review aplikasi uplet
Atau anda klik butang Clear untuk membuang imej dari dimuat naik.

Walaubagaimanapun…

Aplikasi Uplet hanya membolehkan anda memuat naik gambar dan video sahaja ke laman Instagram. Setakat itu sahaja fungsinya.

Anda tidak boleh menyunting gambar atau video, memasukkan efek atau melihat kesemua kandungan yang terdapat dalam akaun Instagram anda di sini.

Anda tetap perlu menggunakan aplikasi Instagram atau pelayar web untuk anda mengakses kandungan Instagram. Selain itu, aplikasi ini juga sudah hampir setahun ia tidak dikemaskini oleh pembangunnya.

Kesimpulan

Jika anda pengguna tegar Instagram, anda mungkin patut mendapatkan aplikasi Uplet ini. Ia mudah digunakan dan membantu anda dengan pantas memuat naik foto dan video ke Instagram terus dari desktop Mac anda.

Uplet dijual pada harga USD19.95. Tetapi anda boleh mencuba dahulu aplikasi ini untuk 5 kali muat naik secara percuma. Ia hanya boleh digunakan di macOS 10.9 dan terbaru.

 

Notis Pemberitahuan: AriffMac tidak dibayar untuk melakukan ulasan ini. AriffMac telah dilengkapi dengan kod promo untuk membolehkan ciri-ciri yang ada pada aplikasi tersebut digunakan sepenuhnya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here