Sembunyikan ikon-ikon yang terdapat di Menu Status Mac anda dengan aplikasi Vanilla.

Di sebelah hujung kanan antaramuka Mac dikenali sebagai Menu Status yang diwakili oleh ikon.

Menu-menu ini menunjukkan status Mac anda atau memberi anda pintasan akses kepada ciri-ciri tertentu contohnya, anda boleh menghidupkan Wi-Fi atau mematikan Bluetooth dari situ.

Anda boleh menambah beberapa ikon hingga ke hujung kanan menu bar. Sebagai contoh, anda boleh menambah ikon kawalan bunyi di sini. Malah anda juga boleh menambah ikon status bagi sesetengah aplikasi apabila anda memasukkan aplikasi tersebut ke dalam Mac anda.

Tetapi jika terlalu banyak ikon-ikon tersebut, ia mungkin akan menjadikan Menu Status kelihatan semak. Jadi, jika anda tetap mahukan ikon-ikon tersebut berada di Menu Status tanpa kelihatan semak, anda boleh menyembunyikan ikon-ikon itu dengan aplikasi Vanilla.

Review aplikasi Vanilla

Vanilla adalah aplikasi ringkas yang dapat menyembunyikan deretan ikon-ikon yang terdapat di Menu Status Mac. Ia dibangunkan oleh pembangun aplikasi bernama Matthew Palmer.

Review aplikasi VanillaAnda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma dari laman web MatthewPalmer.net. Malah anda juga boleh dapatkan versi PRO aplikasi Vanilla jika anda kongsikan aplikasi ini kepada 4 rakan anda dan mereka memuat turun dari pautan khas yang diberikan kepada anda.

Review aplikasi vanilla
Isikan bahagian ini untuk dapatkan pautan khas bagi anda kongsikannya kepada rakan-rakan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here