Silap hari bulan, Bang! Melayang ribuan ringgit.

Mac Pro terbaru yang dijual Apple diberikan pilihan untuk anda memilih sama ada membeli kerangka standad atau kerangka yang boleh dipasangkan dengan roda.

Cuma kerangka Mac Pro dengan roda itu dijual berasingan yang berharga RM1,760.00.

Tapi apa yang pelinya adalah Apple tidak melengkapi roda Mac Pro itu dengan pengunci bagi mengelakkannya daripada bergerak.

Ia didedahkan oleh MKBHD menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

Kebiasaannya produk-produk yang menggunakan roda akan dlengkapi dengan pengunci.

Kesimpulannya, jika anda membeli Mac Pro dengan roda, pastikan jangan letakkannnya di temapt yang tinggi.

Silap hari bulan, melayang puluhan ribu yang dibelanjakan untuk Mac Pro tersebut. Mac Pro berharga dari RM25,999.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here