Berakhirnya era Adobe Flash

Adobe Flash Player akan ditamatkan pada 31 Disember 2020.

Selain melepaskan kemas kini tambahan dan menawarkan versi terbaru macOS iaitu Big Sur kepada pengguna Mac, Apple turut mengemas kini aplikasi pelayar Safari kepada versi 14.0.1.

Menurut Apple, kemas kini Safari ini adalah bagi menambah baik ciir keselamatan dan memperkenalkan beberapa ciri baru.

Selain itu, versi terkini Safari juga telah membuang sepenuhnya sokongan terhadap Adobe Flash lebih awal sebelum penamatannya untuk tujuan keselamatan pengguna.

Seperti semua sedia maklum, Adobe dalam bulan Jun 2017 dahulu telah pun mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan Flash bermula 31 Disember 2020 nanti.

Tidak seperti macOS Big Sur, apliaksi SafariĀ 14.0.1 ditawarkan secara berasingan kepada pengguna macOS Catalina dan macOS Mojave.

Kali terakhir pelayar Safari 14 menerima kemas kini adalah pada 16 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here