Saiz Skrin iPhone X

Saman dibuat setelah didapati Apple menipu spesifikasi saiz skrin model iPhone X.

Belum lagi reda isu saman habuk terhadap komputer iMac dan Macbook, Apple berdepan pula saman yang difailkan oleh 2 orang plaintif berikutan spesifikasi saiz skrin terhadap model iPhone X.

Menurut plaintif, Apple didapati telah mengiklankan saiz skrin iPhone dan kiraan piksel yang tidak betul bagi model iPhone X, iPhone XS and iPhone XS Max.

Dalam saman yang difailkan oleh pihak pendakwa, Apple dituduh telah berbohong tentang saiz sebenar bagi 3 model skrin iPhone tersebut tanpa mengambil kira bahagian notch dan sudut lengkung peranti tersebut.

Sebagai contoh, Apple menyatakan skrin iPhone X adalah bersaiz 5.8″, tetapi dari semakan yang dibuat oleh pihak plaintif mendapati, ukuran sebenar saiz skrin iPhone X hanyalah¬†5.6875″ sahaja.

Malah pihak pendakwa juga mendakwa skrin model iPhone X memiliki resolusi skrin yang lebih rendah daripada apa yang diiklankan oleh Apple Inc.

Anda boleh membaca dan mendapatkan info lebih lanjut dalam dokumen saman setebal 58 muka surat yang difailkan oleh pihak pendakwaan.

Sumber artikel: CNET

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here