Macbook pRO

Apple tak boleh lari…

Permintaan Apple bagi membatalkan saman yang difailkan oleh pengguna mereka terhadap isu rekaan papan kekunci “Butterfly” telah ditolak oleh mahkamah Califorrnia.

Reuters melaporkan, Apple mesti berdepan saman itu kerana program pembaikan yang dilancarkan mereka bagi menangani isu papan kekunci butterfly tidak berkesan kepada pengguna.

Apple mula memperkenalkan rekaan mekanisma butterfly bermula dari model komputer riba Macbook 12″ retina pada April 2015. Seterusnya Apple meluaskan penggunaan rekaan papan kekunci tersebut menerusi generasi kedua butterfly pada model Macbook Pro 2016.

Kemudiannya, Apple menggunakan generasi ketiga rekaan mekanisma butterfly pada model MacBook Pro 2018 selepas dikritik dan saman dari pengguna berikutan kegagalan papan kekunci tersebut berfungsi dengan sempurna.

Butterfly G3

Sungguhpun Apple ada memberikan panduan cara membersihkan papan kekunci Mabook serta melancarkan program penggantian papan kekunci tersebut (hanya terhadap model Macbook 12″ dan Macbook Pro 13″), masalah yang sama tetap berulang.

Apple tidak mengakui secara terus terang terhadap kegagalan rekaan papan kekunci butterfly.

Tetapi ia diterjemahkan dengan kembalinya semula rekaan gunting pada papan kekunci Macbook Pro 16″ 2019 yang baru dilancarkan pada pertengahan November 2019 lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here