Storan Samsung SSD 860 QVO
Storan SSD berprestasi tinggi pada harga mampu milik.

Samsung Electronics hari ini memperkenalkan barisan produk storan SSD terbaru mereka khusus untuk pengguna komputer yang memerlukan kapasiti storan yang besar, pantas tapi pada harga yang mampu milik.

Storan SSD 860 QVO adalah storan yang dihasilkan khusus untuk pengguna biasa. Dengan harga bermula dari USD149.99 untuk kapasiti 1TB, pengguna biasa juga kini mampu memiliki storan SSD berprestasi tinggi bagi menyimpan pelbagai jenis format fail bersaizĀ  kecil dan besar.

860 QVO mampu menulis pada kelajuan maksimum sehingga 550MB sesaat dan membaca 520MB sesaat. Ia juga dilengkapi dengan teknologi TurboWrite yang dapat membantu ia kekal mencapai kelajuan tinggi tersebut untuk penggunaan yang lama.

Stroan ini datang dengan 3 pilihan saiz dari 1TB, 2TB dan 4TB beserta jaminan 3 tahun dari Samsung. Ia dijangka akan menjengah pasaran global dalam bulan Disember tahun ini juga.

Untuk info lanjut, sila layari laman rasmi Samsung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here