Seperti yang dinanti-nantikan, akhirnya Apple telah melepaskan versi rasmi macOS Big Sur 11.0.1 kepada umum. Sebelum menaik taraf, pastikan Mac anda tersenarai dalam menyokong versi Big Sur.

  • MacBook 12″ (2015 dan ke atas)
  • MacBook Air (2013 dan ke atas)
  • MacBook Pro (Late 2013 dan ke atas)
  • Mac mini (2014 dan ke atas)
  • Mac Pro (2013 dan ke atas)
  • iMac (2014 dan ke atas)
  • iMac Pro (2017 dan ke atas)

Untuk menaik taraf kepada versi ini, kaedah FORMAT & CLEAN INSTALL amat digalakkan. Big Sur akan menyambung sokongan HANYA 64-bit application sahaja (32-bit application tidak disokong).

Bagi Mac yang didatangkan dengan macOS Catalina dari kilang, anda boleh terus kemaskini melalui System Preferences >> Software Update. Jika tidak dapat, cuba akses pautan ini dan akan redirect ke Mac App Store: https://apps.apple.com/my/app/macos-big-sur/id1526878132…

Saiz installer dalam 12GB+.

Software dan aplikasi harus guna versi paling terkini, seperti Adobe CC 2020/2021, Final Cut Pro X 10.4.10 dan sebagainya. Sila rujuk software manufacturer/brand support website bagi maklumat lanjut mengenai kemaskini aplikasi untuk versi Big Sur, sama ada terdapat update baru atau sebaliknya.

Normal apabila sesetengah aplikasi yang dilarikan pada sesuatu versi sistem pengoperasian baru, akan mengalami isu seperti crash / not responding / lagging dan sebagainya.

Ini perlu mendapat kemaskini aplikasi untuk selesaikan isu sedemikian.

Seperti kebiasaan, BACKUP Mac anda sebelum menaiktaraf versi macOS. Anda ada salinan backup yang boleh digunakan untuk restore semula sekiranya terdapat masalah yang dialami setelah menaik taraf.

Selamat menaik taraf macOS.

P/S: Artikel ini sepenuhnya adalah hasil tulisan Saudara Danial Zulkipli. Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas beliau yang mengizinkan penulisan beliau diterbitkan di dalam laman AriffMac.com.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here