iPad Pro 2020

Ketahui dulu beberapa perkara tentang spesifikasi iPad Pro 2020.

Apple telah pun melancarkan model terbaru iPad Pro dalam pertengahan bulan Mac lalu.

iPad Pro 2020 juga kini sudah pun ditawarkan untuk pasaran Malaysia di mana ia berharga dari RM3,499.00 bagi model iPad Pro Wi-Fi  11″ atau RM4,149.00 bagi model iPad Pro selular + Wi-Fi 11″.

Manakala bagi model iPad Pro Wi-Fi bersaiz 12.9″ pula berharga dari RM4,399.00 dan iPad Pro Selular + Wi-Fi  12.9″ berharga dari RM5,099.00.

Walaupun Apple perkenalkan beberapa ciri baru pada iPad Pro ini seperti sokongan trackpad, kamera ultra lebar dan teknologi imbasan LiDAR, mungkin anda juga patut berikan perhatian terhadap spesifikasi tersembunyi iPad Pro 2020 yang tidak diumumkan Apple kepada umum.

1. iPad Pro 2020 menggunakan cip pemprosesan dari tahun 2018

Mungkin anda ada terbaca laporan yang mendakwa bahawa cip pemprosesan A12Z Bionic adalah cip yang sama dengan cip A12X Bionic.

Dakwaan tersebut adalah benar, A12Z Bionic adalah jenis cip yang sama dengan cip A12X Bionic di mana ia pertama kali digunakan dalam model iPad Pro 11″ generasi pertama yang diperkenalkan pada Oktober 2018.

Cip A12X Bionic itu juga turut digunakan dalam model iPad Pro 12.9″ generasi ke-3 yang diperkenalkan bersama dengan model iPad Pro 11″ 2018 tersebut.

2. Hanya sedikit penambahan kuasa grafik

Apa yang membezakan antara cip A12Z Bionic dengan A12X Bionic adalah kuasa grafiknya.

A12Z Bionic dilaporkan memiliki teras kuasa grafik sebanyak 8 teras, manakala A12X Bionic pula hanya memiliki 7 teras sahaja.

3. Apple tidak menguar-uarkan prestasi A12Z Bionic

Tidak seperti kebiasannya, Apple tidak pula menguar-uarkan prestasi kuasa cip pemprosesan A12Z Bionic dengan membandingkannya bersama cip pemprosesan terdahulu.

Apple hanya menyatakan bahawa kuasa grafik iPad Pro 2020 bertambah yang dijana oleh 8 teras kuasa grafik dari cip A12Z Bionic.

4. Teknologi Imbasan LiDAR

Buat pertama kalinya, Apple memperkenalkan teknologi Imbasan LiDAR pada peranti pintar mereka. Sekaligus menjadikan iPad Pro 2020 sebagai peranti pintar pertama yang menggunakan teknologi LiDAR.

Menurut Apple, Imbasan LiDAR akan membolehkan peranti mengimbas kedudukannya dengan objek-objek yang berada disekelilingnya sekitar jarak 5 meter.

Tetapi, apa yang boleh dimanfaatkan daripada teknologi baru ini di iPad Pro 2020?

LiDAR akan memberi impak terbesarnya ke atas teknologi realiti yang diperkukuhkan (AR). Kelebihan ini pastinya amat berguna kepada para pembangun yang menggunakan ARKit framework dari Apple.

Sebagai contoh, untuk menggunakan AR pada iPad Pro 2020, pengguna kini tidak lagi perlu mengimbas persekitarannya sebelum memuat masuk ke dalam aplikasi AR.

Sebaliknya LiDAR akan mengimbas secara automatik persekitarannya.

The LiDAR Scanner improves the Measure app, making it faster and easier to automatically calculate someone’s height, while helpful vertical and edge guides automatically appear to let users more quickly and accurately measure objects.” Apple.

5. Kamera berkembar

Jika sebelum ini model iPad Pro terdahulu hanya dilengkapi dengan 1 kamera sahaja. Tetapi kini iPad Pro 2020 dilengkapi dengan 2 kamera dibelakang iaitu kamera sudut lebar (12MP) dan kamera bersudut ultra lebar (10MP).

Walaubagaimanapun, tiada sebarang naik taraf dibuat pada kamera depannya (7MP).

6. Mikrofon ditambah baik

Selain itu, Apple juga menyatakan bahawa mereka menambah baik kualiti rakaman mikrofon pada iPad Pro 2020.

Menurut Apple, iPad Pro 2020 kini dilengkapi dengan ciri mikrofon yang mampu merakam audio pada kualiti studio.

7. Lain-lain

Menerusi versi iPadOS 13.4 terbaru, kesemua model iPad yang menyokong versi iPadOS tersebut kini menyokong aksesori Apple Trackpad.

Selain itu, Apple turut perkenalkan barisan aksesori terbaru untuk iPad Pro 2020.

Kesimpulan

Jadi, siapa yang patut membeli iPad Pro 2020 ini?

Dengan adanya teknologi baru seperti Imbasan LiDAR, kamera dan mikrofon yang dinaik taraf serta sedikit peningkatan kuasa grafik, ia amat sesuai untuk para pembangun perisian dan juga khusus kepada para pengguna yang bergiat aktif dalam industri kreatif (grafik, video dan audio).

Ini kerana mereka pastinya akan dapat memanfaatkan sepenuhnya keupayaan yang ada pada iPad Pro 2020 dalam kerja-kerja harian mereka.

Cuma, sedikit mengecewakan adalah Apple masih menggunakan cip pemprosesan yang sudah sedia berusia hampir 2 tahun.

Bagi pengguna umum pula, tidaklah salah untuk anda memiliki iPad Pro 2020.

Tetapi memilih model-model iPad yang lain (iPad, iPad Air dan iPad mini) selain dari iPad Pro adalah lebih releven untuk anda.

Ini kerana spesifikasi iPad-iPad tersebut lebih sesuai untuk kegunaan umum anda serta harga yang ditawarkan juga adalah lebih mampu milik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here