senarai harga bateri iphone

Dikemaskini pada 15 Januari 2019.

Juga senarai harga servis dan alat ganti komponen dan aksesori lain untuk pelbagai model iPhone.

Jika anda memiliki peranti pintar iPhone dan iPad yang rosak, pilihan terbaik untuk mendapatkan alat ganti bagi peranti tersebut adalah dengan membawanya ke pusat servis sah Apple.

Jadi, ketulenan alat ganti untuk peranti tersebut tidak lagi perlu dipertikaikan kualitinya.

Berikut adalah kos menggantikan bateri dan alat ganti komponen utama lain dari model iPhone 5 hingga iPhone X di pusat servis bertauliah Apple Malaysia:-

    RM RM
Model iPhone Komponen Kos
ganti
+ Caj Diagnostik
(SST 6%)
iPhone 5 Kit Bateri 330 100
  Pembesar
suara
290 100
  Motor
penggetar
190 100
  Penerima  290 100
  Butang
Kembali
115 100
iPhone 5c Kit Bateri 330 100
  Pembesar
suara
290 100
  Motor
penggetar
190 100
  Penerima  290 100
  Kamera 290 100
  Butang
Kembali
115 100
iPhone 5s Kit
Bateri
330 100
  Pembesar
suara
290 100
  Motor
penggetar
290 100
  Penerima  290 100
  Kamera 290 100
iPhone SE Kit
Bateri
199 Termasuk caj
diagnostik
  Pembesar
suara
290 100
  Motor
penggetar
290 100
  Penerima  290 100
  Kamera 290 100
iPhone 6/6 Plus Kit
Bateri
199 Termasuk caj
diagnostik
  Pembesar
suara
290 100
  Motor
penggetar
190 100
  Penerima  290 100
  Kamera 290 100
iPhone 6s/6s Plus Kit
Bateri
199 Termasuk caj
diagnostik
  Kamera 290 100
iPhone 7 Kit
Bateri
199 Termasuk caj
diagnostik
  Kamera 330 100
  Pembesar
suara
330 100
  Taptic
Engine
240 100
iPhone 7 Plus Kit
Bateri
199 Termasuk caj
diagnostik
  Kamera 380 100
  Pembesar
suara
380 100
  Taptic
Engine
240 100
iPhone 8 Bateri 199 Termasuk caj
diagnostik
  Kamera 380 100
  Taptic
Engine
240 100
  Wi-Fi Flex 57 100
iPhone 8 Plus Bateri 199 Termasuk caj
diagnostik
  Kamera 425 100
  Pembesar
suara
380 100
  Taptic
Engine
240 100
iPhone X Bateri 250 Termasuk caj
diagnostik
  Kamera 430 100
  Pembesar
suara
380 100
  Taptic
Engine
430 100
Kesemua model  Sim Tray 50
Aksesori AirPod kiri 380
  AirPod kanan 380
  AirPod case 400

Harga caj diagnostik untuk setiap peranti akan dikenakan apabila penggantian komponen bagi setiap peranti dibuat. Sebagai contoh, kos menggantikan kamera iPhone X adalah RM430. Manakala kos caj diagnostik pula sebanyak RM100. 

Maka kos keseluruhan yang perlu dibayara adalah sebanyak RM530.00. Senarai harga yang dipaparkan ini juga mungkin berbeza mengikut lokasi pusat servis tersebut.

Bagi anda yang mungkin belum tahu, harga penggantian bateri iPhone dari model iPhone SE, 6, 7 hinggalah iPhone X hanyalah RM121 sahaja termasuk caj diagnostik untuk sepanjang tahun 2018 ini.

Jadi, bagi anda yang belum menukar bateri iPhone tersebut, perlulah cepat menukarnya kerana diskaun harga bateri untuk model-model iPhone tersebut akan tamat pada 31 Disember 2018 ini.

Tetapi ia hanya sah untuk mereka yang belum pernah menukar bateri peranti tersebut dari pihak ketiga. Jika anda pernah menukar bateri iPhone dari pusat servis tidak bertauliah Apple, anda tidak layak mendapatkan harga diskaun bateri untuk peranti tersebut.

Juga sebagai peringatan, pastikan anda membuat backup terhadap peranti tersebut terlebih dulu sebelum anda menghantarnya ke pusat servis bagi mengelakkan berlakunya kehilangan data.

Sumber: Switch

10 COMMENTS

  1. Xpert gadget tu autorised apple x? Dia jual bateri rm250. Sama harga mcm apple servis. Original katanya. 🤔

    • Salam, sorry lambat reply. Setakat yang disemak, tiada sebarang pengesahan yang menyatakan Xpert gadget itu wakil pusat servis sah Apple. Original hanya dari pusat servis bertauliah Apple sahaja seperti Switch dan Mac City.

  2. Outlet mana mana pun boleh tukar ke ❓harga semua tu fix ke tuan ❓Say bercadang nak tukar bateri ip6s. Kalau dkt ipoh ni saya patut pergi ke outlet mana ❓

  3. Bole ke kita tukar battery iphone yang secondhand luar dari apple store dekat pusat servis apple

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here