AppleCare protection plan

Tidak semua produk Apple yang dijual di Malaysia ditawarkan pelindungan AppleCare.

Setiap produk Apple yang dibeli anda secara automatik menerima jaminan Apple untuk tempoh 1 tahun dan sokongan teknikal produk selama 90 hari.

Tetapi Apple ada menawarkan pelan perlindungan yang dikenali sebagai AppleCare. AppleCare adalah servis tambahan tempoh perlindungan lagi 2 tahun untuk produk-produk Apple. Jadi anda akan menerima lanjutan jaminan Apple sehingga 3 tahun (1+2) ke atas produk Apple yang dibeli.

Jadi, sekiranya berlaku sebarang kerosakan seperti kegagalan perkakasan atau kerosakan sistem operasi pada peranti Apple anda dalam tempoh setahun itu, anda boleh kembali pada pusat servis sah Apple bagi mendapatkan bantuan baik pulih atau alat ganti secara percuma dalam tempoh 3 tahun tersebut.

Cuma di Malaysia, pelan AppleCare tidak ditawarkan pada semua produk Apple. Hanya 4 produk sahaja Apple Malaysia menawarkan pelan perlindungan AppleCare iaitu komputer Apple Macintosh, iPad, Apple TV dan iPod.

Perlu juga difahami bahawa pelan perlindungan AppleCare ini adalah terhad kepada kerosakan ke atas perkakasan tertentu sahaja.

Contoh kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pengguna seperti tertumpahkan air pada komputer Apple adalah tidak termasuk dalam perlindungan AppleCare.

(Sila rujuk jaminan perkakasan Apple di laman Hardware Warranties dan servis sokongan ke atas perisian dan perkakasan Apple di laman Complimentary Support)

Berikut adalah harga pelan dan perkakasan yang menerima perlindungan AppleCare bagi 4 produk tersebut:-

1. Mac

Berikut adalah harga pelan perlindungan AppleCare untuk komputer Apple Macintosh:-

Perlindungan AppleCare bagi perkakasan komputer Apple termasuklah:-

  • Komputer Apple
  • Bateri1 (anda boleh menggantikan bateri komputer riba Apple secara percuma dari pusat servis sah Apple jika didapati kapasitinya kurang daripada 80%)
  • Kabel wayar, pengecas kuasa, dan aksesori lain seperti tetikus dan papan kekunci yang hadir sekali dengan komputer Mac
  • RAM
  • Apple USB SuperDrive
  • AirPort4

2. iPad

Berikut adalah harga pelan perlindungan AppleCare untuk model-model iPad:-

Perlindungan AppleCare bagi perkakasan iPad termasuklah:-

  • iPad
  • Bateri3 (anda boleh menggantikan bateri iPad secara percuma dari pusat servis sah Apple jika didapati kapasitinya kurang daripada 80%).
  • AirPort4
  • Kabel wayar dan pengecas kuasa

3. Apple TV

Berikut adalah harga pelan perlindungan AppleCare untuk Apple TV:-

  • Apple TV 4K dan Apple TV HD – RM 99.00

Perlindungan AppleCare bagi perkakasan Apple TV termasuklah:-

  • Apple TV
  • AirPort3
  • Alat kawalan jauh Apple TV dan kabel kuasa

4. iPod

Berikut adalah harga pelan perlindungan AppleCare untuk peranti muzik iPod:-

  • iPod touch – RM 199.00

Perlindungan AppleCare bagi perkakasan iPod termasuklah:-

  • iPod
  • Bateri3 (anda boleh menggantikan bateri iPad secara percuma dari pusat servis sah Apple jika didapati kapasitinya kurang daripada 80%).
  • Fon telinga dan kabel USB

Cara membeli AppleCare

Pelan perlindungan AppleCare boleh dibeli terus pada waktu yang sama, anda membeli produk Apple tersebut. Atau anda boleh saja membeli AppleCare untuk produk tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian.

Pastikan anda hanya membeli AppleCare dari wakil sah penjual produk-produk Apple sahaja. Atau hubungi Apple di talian 1-800-803-638 untuk pembelian pelan perlindungan AppleCare ke atas produk Apple anda (nombor siri produk perlu diberikan).

Patutkah anda membeli AppleCare?

Jadi, patutkah anda membeli pelan perlindungan AppleCare untuk produk Apple anda? Secara peribadi, anda disyorkan membelinya kerana ia amat membantu anda pada kemudian hari.

Walaupun produk-produk Apple memang diakui ketahanan kualitinya, tetapi sebarang perkara tidak diingini boleh berlaku tanpa dijangka. Jadi dengan adanya AppleCare, anda tidak perlu pening kepala memikirkan kos servis dan alat ganti sekiranya berlaku kerosakan pada produk tersebut.

Daripada pengalaman penulis sendiri, membeli pelan perlindungan AppleCare untuk iMac sebelum ini adalah amat berbaloi.

P/s: AppleCare untuk iPhone tidak ditawarkan di Malaysia. Tetapi Penjual sah produk-produk Apple seperti Switch ada menawarkan pelan perlindungan mereka sendiri yang dikenali sebagai Switch Smart Protection Plan.

Switch Smart Protection Plan ditawarkan untuk produk iPhone, iPad, Apple Watch, Mac dan iMac. Untuk info lanjut, layari laman rasmi Smart Protection Plan.

(Bagi kes baik pulih atau penggantian perkakasan akibat kecuaian pengguna juga bergantung kepada kemurahan hati dari pusat servis. Sebab pernah berlaku insiden di mana penulis secara tidak sengaja terpecahkan skrin iPod. Sepatutnya penulis tidak dapat ganti rugi percuma akibat kecuaian sendiri walapun iPod itu masih dalam jaminan Apple. Tetapi di atas bantuan pusat servis itu, penulis mendapat ganti percuma bagi iPod tersebut).

Info lanjut tentang AppleCare boleh didapati di laman rasmi AppleCare Products.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here