Kredit imej: Lifewire
Jika anda masih tidak berpuas hati dengan kuasa perkakasan iMac yang sedia ada.

iMac adalah model komputer meja yang popular dari Apple. Ia banyak digunakan bukan sahaja oleh para profesional dalam bidang industri kreatif khususnya. Tetapi juga turut menjadi pilihan para pengguna biasa.

Ini kerana ia mudah dipindahkan dan kelihatan kemas di atas meja komputer. Ia juga cukup berkuasa untuk menjalankan kerja-kerja berat seperti penyuntingan audio/video dan suntingan manipulasi gambar yang kompleks.

Tetapi bagi sebahagian pengguna, kuasa perkakasan iMac yang sedia ada itu mungkin masih belum cukup memuaskan hati mereka.

Jadi di sini dikongsikan senarai model iMac dari tahun 2011 hingga 2017 yang biasa digunakan oleh kebanyakkan pengguna yang boleh dinaik taraf perkakasannya.

1. iMac 21.5” model pertengahan 2011

  • CPU max upgradas i7-2700K (kena guna GTX780M)
  • GPU replaceable/upgradable max GTX780m 4Gb (El Capitan SAHAJA)
  • AirPort upgradable to wifi AC + Bluetooth4.0LE (AirDrop enabled)
  • RAM max 32Gb (8gb x4)
  • RAM speed limited 1333mhz SAHAJA walaupun guna 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage jenis SATA III 6Gbps interface + slimline power/data cable
  • support RAID0 storage bootable (macOS Sierra SAHAJA)
  • max OS – High Sierra

2. iMac 27” model pertengahan 2011

3. iMac 21.5” model lewat 2012

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 16Gb (8gb x2) tapi kena kopek skrin (no access)
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage jenis Apple SSD (tapi boleh guna adapter + mSATA)
  • support RAID0 storage bootable (macOS Sierra SAHAJA)
  • max OS – Mojave 10.14.X

4. iMac 27” model lewat 2012

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradableRAM max 32Gb (8gb x4) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage jenis Apple SSD (tapi boleh guna adapter + mSATA)
  • support RAID0 storage bootable (macOS Sierra SAHAJA)
  • max OS – Mojave 10.14.X

5. iMac 21.5” model awal 2013

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 16Gb (8gb x2) tapi kena kopek skrin (no access)
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage jenis Apple SSD (tapi boleh guna adapter + mSATA)
  • support RAID0 storage bootable (macOS Sierra SAHAJA)
  • max OS – Mojave 10.14.X

6. iMac 27” model awal 2013

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 16Gb (8gb x2) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage jenis Apple proprietary SSD (boleh guna adapter + mSATA)
  • support RAID0 storage bootable (macOS Sierra SAHAJA)
  • max OS – Mojave 10.14.X

7. iMac 21.5” model lewat 2013

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 16Gb (8gb x2) tapi kena kopek skrin (no access)
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storagePCIe Apple PCIe SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD speed 1000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

8. iMac 27” model lewat 2013

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 32Gb (8gb x4) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple PCIe SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD speed 1000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

9. iMac 21.5” pertengahan 2014

  • SOLDERED GPU & RAMTAK BOLEH UPGRADE!!!
  • CPU upgradable
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storagePCIe Apple PCIe SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD speed 1000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

10. iMac 27” RETINA model lewat 2014

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 32Gb (8gb x4) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD speed 1000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

11. iMac 27” RETINA 5K pertengahan 2015

  • SOLDERED GPU – TAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 32Gb (8gb x4) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 1600Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD speed 1500MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

12. iMac 21.5” model lewat 2015

  • SOLDERED GPU & RAMTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD FULL SPEED 3000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

13. iMac 21.5” RETINA 4K model lewat 2015

  • SOLDERED GPU & RAM- TAK BOLEH UPGRADE!!!
  • CPU upgradable
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple PCIe SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD FULL SPEED 3000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

14. iMac 27” RETINA 5K model lewat 2015

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU upgradable
  • RAM max 64Gb (16gb x4) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 1866Mhz – 2133Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD FULL SPEED 3000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

15. iMac 21.5” 2017

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU & RAM upgradable
  • DDR4 RAM max 16Gb (8gb x2) tapi kena kopek skrin (no access)
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple PCIe SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD FULL SPEED 3000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

16. iMac 21.5” RETINA 4K 2017

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU & RAM upgradable
  • DDR4 RAM max 32Gb (16gb x2) tapi kena kopek skrin (no access)
  • RAM speed compatibility 2133Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple PCIe SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD FULL SPEED 3000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

17. iMac 27” RETINA 5K 2017

  • SOLDERED GPUTAK BOLEH UPGRADE
  • CPU & RAM upgradable
  • DDR4 RAM max 64Gb (16gb x4) x perlu kopek, ada access door
  • RAM speed compatibility 2133Mhz
  • 1st storage jenis SATA III 6Gbps interface
  • 2nd storage PCIe Apple SSD (guna Sintech utk NVMe SSD)
  • PCIe SSD FULL SPEED 3000MB/s±
  • max OS – Mojave 10.14.X

18. iMac Pro 2017

  • APA PUN TAK BOLEHTERIMA SAHAJA SEADANYA

Itulah senarai model-model iMac dan perkakasannya yang boleh dinaik taraf (setakat ini). Walaubagaimanapun, untuk makluman pembaca, pusat servis bertauliah Apple tidak menyediakan perkhidmatan menaik taraf perkakasan iMac-iMac tersebut.

Hanya pusat servis pihak ketiga atau perseorangan sahaja yang menyediakan servis ini. Jadi, sebelum anda menghantar iMac anda untuk dinaik taraf, anda dinasihatkan supaya mendapatkan panduan, nasihat serta syor dari pengguna lain yang tahu pihak-pihak berkemahiran yang menyediakan servis menaik taraf khusus untuk iMac tersebut.

Juga ingin diselitkan tips tambahan di sini. Menurut komen oleh Tuan Haji Ismail Ahmad, iMac 27” RETINA 5K model lewat 2015 (lihat senarai di no. 14) adalah model iMac yang paling berbaloi dibeli dari aspek prestasi dan harga ketika ini.

Artikel ini diambil dengan izin dari tulisan asal Tuan Hafeez Hasmat dari grup Facebook Mac User Malaysia.

P/s: Hafeez Hasmat merupakan seorang pakar baik pulih komputer yang gemar membuat Hackintosh. Tetapi disamping itu, beliau juga menyediakan servis penggambaran video dan fotografi, baik pulih dan menaik taraf perkakasan Mac.

Hafeez Hasmat boleh dihubungi menerusi laman Facebook Hafeez Hasmat atau Hafeez.H Visual Arts, Instagram Hackintosh Penang atau hhvisualarts atau di laman Carousell/mhafeez.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here