Juga cara untuk membolehkan model iPhone terdahulu menyokong ciri pengecasan tanpa wayar.

Teknologi pengecasan tanpa wayar semakin popular dikalangan para pengguna peranti pintar.

Apple telah pun mula menjadikan semua model iPhone terkini menyokong ciri pengecasan tanpa wayar sejak pengenalan model iPhone 2017.

Secara khususnya, model – model iPhone yang menyokong ciri tersebut adalah seperti berikut:-

  • iPhone 8 dan iPhone 8 Plus
  • iPhone X, iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max
  • iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max

Seperti yang diketahui umum, Apple telah pun membatalkan  produksi peranti pengecas tanpa wayar mereka iaitu AirPower.

Jadi, aksesori peranti pengecas tanpa wayar yang ada untuk iPhone hanyalah dari pihak ketiga sahaja seperti Belkin, Mophie dan Samsung.

Tetapi bagaimana pula dengan model iPhone terdahulu? Adakah ia turut menyokong ciri pengecasan tanpa wayar?

Pada asasnya, sebarang model iPhone sebelum iPhone 8 iaitu iPhone 7 Plus, iPhone 7 atau iPhone terdahulu tidak dilengkapi dengan perkakasan yang membolehkannya menyokong pengecasan tanpa wayar.

Tetapi terdapat beberapa aksesori tambahan yang membolehkan model iPhone terdahulu turut boleh dicas secara tanpa wayar.

Sebagai contoh adalah aksesori bateri tambahan dari Mophie. Cuma aksesori seperti ini agak sukar untuk didapati di pasaran.

mophie - Juice Pack External Battery Case with Wireless Charging
mophie – Juice Pack External Battery Case with Wireless Charging.

Malah kekurangan aksesori tambahan seperti ini adalah ia menambah berat dan saiz iPhone. Pengguna mungkin tidak begitu gemar membawa peranti yang berat di dalam poket mereka.

Tetapi jika ia satu keperluan penting kepada anda, aksesori tambahan ini pastinya tidak memberikan masalah kepada anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here