
Model-model peranti Apple terdahulu juga menyokong ciri “Hey Siri”, tapi…
Ciri arahan suara “Hey Siri” membolehkan pengguna memberikan arahan pada peranti Apple bagi melaksanakan pelbagai tugas termasuklah mengaktifkan aplikasi, menghantar mesej, menghantar e-mel, memainkan lagu, menetapkan bunyi jam dan banyak lagi.
“Hey Siri” boleh terus diaktifkan pada pelbagai jenis peranti Apple terkini. Di sini disenaraikan barisan peranti-peranti Apple yang menyokong ciri “Hey Siri”:-
iPhone
- iPhone X atau terbaru
- iPhone SE
- iPhone 6s atau terbaru
iPad
- iPad Air (Generasi ke-3)
- iPad mini (Generasi ke-5)
- iPad Pro 12.9″ (Generasi ke-3)
- iPad Pro (11″)
- iPad Pro 12.9″ (Generasi ke-2)
- iPad Pro (10.5″)
- iPad Pro (9.7″)
- iPad (Generasi ke-6)
AirPods
- AirPods (Generasi ke-2)
Apple Watch
- Kesemua model Apple Watch
HomePod

- Kesemua model HomePod
Mac
- MacBook Pro (15″, 2018)
- MacBook Pro (13″, 2018, Four Thunderbolt 3 ports)
- MacBook Air (Retina, 13″, 2018)
- iMac Pro
Peranti terdahulu
Bagi peranti Apple terdahulu pula iaitu iPhone, iPad, atau iPod touch yang menggunakan iOS 8 atau terbaru, ia masih menyokong ciri arahan suara “Hey Siri”.
Tetapi dengan syarat peranti tersebut mestilah disambungkan pada plug kuasa bagi menggunakannya.
Manakal Siri pula tersedia ada pada peranti iPhone 4s atau terbaru, iPad Pro, iPad (Generasi ke-3 atau terbaru), iPad Air atau terbaru, iPad mini atau terbaru dan iPod touch (Generasi ke-3 atau terbaru) beserta akses internet.