apple arcade malaysia

Apple Arcade sudah boleh diakses secara percuma sebulan menerusi iPhone sahaja buat masa ini.

Dengan kehadiran versi terbaru iOS 13 untuk pengguna iPhone dan iPod touch gen-7, servis terbaru Apple iaitu Apple Arcade juga secara rasminya sudah boleh diakses oleh pengguna bermula hari ini.

Apple Arcade menawarkan pelbagai permainan yang boleh dimainkan secara percuma untuk tempoh sebulan bagi mereka yang mendaftar dengna servis tersebut.

Selepas tamat tempoh percuma tersebut, pengguna perlu melanggan Apple Arcade pada harga RM19.90/bulan tanpa komitmen.

Jadi anda boleh menamatkan langgan tersebut pada bila-bila masa. Buat masa ini, permainan Apple Arcade hanya boleh dimainkan di iPhone dan iPod touch yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan terbaru sahaja.

Akses Apple Arcade untuk Mac, iPad dan Apple TV pula akan ditawarkan kemudian dalam tahun ini.

Apple menjanjikan setiap bulan dengan kemunculan permainan terbaru dari pelbagai firma pembangun permainan popular.

Buat masa ini, terdapat sebanyak 53 permainan sudah pun mula ditawarkan di Apple Arcade.

Berikut adalah senarai permainan tersebut:-

  1. Assemble With Care (usTwo)
  2. Shantae and the Seven Sirens (WayForward Technologies)
  3. Grindstone (Capybara Games)
  4. What the Golf? (The Label)
  5. Card of Darkness (Zach Gage)
  6. LEGO Brawls (LEGO)
  7. Patterned (Borderleap)
  8. Stellar Commanders (Blindflug Studios)
  9. Where Cards Fall (Snowman)
  10. Overland (Finji)
  11. Exit the Gungeon (Devolver Digital)
  12. Rayman Mini (Ubisoft)
  13. Spaceland (Tortuga Team)
  14. Agent Intercept (PikPok)
  15. Punch Planet (Block Zero Games)
  16. Sneaky Sasquatch (Rac7 Games)
  17. Operator 41 (Shifty Eye Games)
  18. Frogger in Toy Town (Konami)
  19. Red Reign (Ninja Kiwi)
  20. Various Daylife (Square Enix)
  21. Mini Motorways (Dinosaur Polo Club)
  22. Don’t Bug Me! (Frosty Pop)
  23. Oceanhorn 2 (Cornfox & Bros)
  24. King’s League II (Kurechii)
  25. Explottens (Werplay Priv.)
  26. Spelldrifter (Free Range Games)
  27. The Get Out Kids (Frosty Pop)
  28. Spek (Rac7 Games)
  29. Way of the Turtle (Illusion Labs)
  30. Lifeslide (Block Zero Games)
  31. Neo Cab (Surprise Attack Games)
  32. Skate City (Snowman)
  33. Tint (Lykke Studios)
  34. The Enchanted World (Noodlecake Studios)
  35. Over the Alps (Stave Studios)
  36. Hot Lava (Klei Entertainment)
  37. The Pinball Wizard (Frosty Pop)
  38. Shinsekai Into the Depths (Capcom)
  39. Word Laces (Minimega)
  40. Dear Reader (Local No. 12)
  41. Projection: First Light (Blowfish Studios)
  42. ATONE: Heart of the Elder Tree (Wildboy Studios)
  43. Big Time Sports (Frosty Pop)
  44. Tangle Tower (SFB Games)
  45. Dread Nautical (Zen Studios)
  46. Mutazione (Die Gute Fabrik)
  47. Bleak Sword (Devolver Digital)
  48. Sayonara Wild Hearts (Annapurna)
  49. Dead End Job (Headup)
  50. Cat Quest II (The Gentlebros)
  51. Dodo Peak (Moving Pieces)
  52. Cricket Through the Ages (Devolver Digital)
  53. Speed Demons (Radiangames)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here