produk apple

Kenaikan tarif akan bermula 1 September 2019.

Bermula esok, tarif baru yang dikenakan oleh A.S terhadap produk-produk yang dikeluarkan dari China akan mula dikuat kuasakan.

Kenaikan tarif sebanyak 15% akan memberi kesan terhadap produk-produk yang dieksport keluar dari China ke A.S.

Secara automatiknya, produk-produk yang diimport oleh A.S dari China akan mengalami kenaikan harga yang agak ketara.

Ini termasuklah produk-poduk Apple yang dikilangkan di dalam China.

Berikut adalah produk-produk dan perkakasan Apple yang akan terkesan dengan tarif baru ini menurut Bloomberg:-

  • Apple Watch dan Watch bands
  • AirPods
  • HomePod
  • Sebahagian model fon kepala Beats
  • iMac
  • perkakasan alat ganti iPhone juga dijangka turut terkesan
  • Storan Nand flash untuk iPhones mungkin juga akan terkesan dengan tarif baru ini.

(tarif 15% terhadap iPhone hanya akan bermula pada 15 Disember 2019).

Walaubagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang berita tentang kenaikan produk-produk Apple yang disenaraikan.

Apple pula sebelum ini telah berusaha melobi kepada pentadbiran Trump bagi mengelakkan produk-produk mereka daripada dikenakan tarif tersebut.

Tetapi sehingga kini belum ada sebarang berita yang menggembirakan mereka. Apple juga belum menyatakan pendirian mereka sama ada akan menyerap kesan kenaikan harga ke atas produk mereka.

Jika Apple berbuat demikian, harga produk-produk Apple dijangka akan kekal sepertimana sekarang.

Menurut Reuters pula, mereka menyenaraikan 46 produk Apple yang dikilangkan di dalam China dijangka akan berdepan dengan kenaikan tarif 15% itu.

Berikut adalah senarainya:-

  1. SuperDrive
  2. AirPort Extreme Card
  3. Apple Pencil
  4. USB Modem
  5. Magic Mouse
  6. Apple Mouse (wayar)
  7. Magic Trackpad
  8. iPad case
  9. iPhone case
  10. alat ganti iPod touch
  11. iPod Hi-Fi
  12. Mac mini
  13. Wireless Trackpads
  14. Nike+iPod Sport Kit
  15. Xserve
  16. Xserve RAID
  17. Kabel Audio Beats
  18. Beats Pill Sleeve
  19. kabel Beats
  20. AirPods
  21. Airport Express & Extreme
  22. Apple Watch
  23. HomePod
  24. iMac
  25. iPad Smart Case
  26. Perkakasan iPhone
  27. iPhone Bumper
  28. iPod classic
  29. Beats Pill Dude
  30. Speakers, Wired
  31. Speakers, Wireless
  32. In-Ear Headphones, Wireless
  33. Over-Ear Headphone, Wireless
  34. In-Ear Headphones, Wired
  35. Over-Ear Headphone, Wired
  36. Apple TV
  37. Apple Wired Keyboards
  38. Apple Wireless Keyboards
  39. iPad
  40. iPhone
  41. iPod touch
  42. iPod nano
  43. iPod shuffle
  44. MacBook
  45. MacBook Air
  46. MacBook Pro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here