Pusat servis tauliah Apple Malaysia
Servis dan baik pulih produk-produk Apple anda di pusat servis bertauliah Apple.

Jika berlaku kerosakan pada peranti-peranti Apple yang anda ada, adalah terbaik anda menghantarnya ke pusat servis bertauliah Apple.

Sebagai contoh, jika komputer Apple Macintosh anda perlu didiagnos atau menggantikan perkakasan yang rosak, sebaiknya anda menghantarkan Mac tersebut ke pusat servis bertauliah Apple yang berhampiran dengan anda.

Walaubagaimanapun, pusat servis bertauliah Apple yang ada di Malaysia mungkin tidak banyak dan yang ada pun terletak di bandar-bandar utama.

Tetapi anda tidak perlu bimbang kerana kebiasaannya pusat-pusat jualan sah Apple juga akan menerima dan membantu bagi pihak anda menghantar produk Apple yang rosak ke pusat servis tauliah Apple untuk dibaiki.

Pusat-pusat servis bertauliah Apple (sama ada Apple Premium Service Provider atau Authorised Service Provider) adalah syarikat-syarikat yang telah diiktiraf dan menerima hak ekslusif dari Apple Inc. bagi menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan mereka dengan cemerlang yang memberi tumpuan terhadap penyelesaian, servis dan sokongan bagi produk-produk Apple.

Ringkasnya, jika anda mahukan alat ganti tulen untuk peranti-peranti Apple anda, hantarlah ke pusat servis bertauliah Apple. Jadi di sini Ariffmac kongsikan senarai pusat-pusat servis bertauliah Apple yang ada di Malaysia untuk rujukan anda.

Switch Apple Premium Service Provider

Switch Apple premium service provider
Kredit foto: Google

Switch merupakan penjual sah dan penyedia perkhidmatan premium Apple di Malaysia. Malah mereka mempunyai pusat servis bertauliah Apple terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 10 buah pusat servis bertauliah Apple di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi pusat servis Switch yang terdapat di seluruh Malaysia:-

Switch Apple Authorized Service Provider,
Penang

A-10-1, Bay Avenue,Lorong Bayan Indah 4,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel: +604 645 1591
(Isnin-Jumaat, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Authorized Service Provider,
Fettes 10

50J, Fettes 10, Jalan Fettes,
10470, Tanjung Tokong, Penang.
Tel: +604 899 6691
(Selasa-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Premium Service Provider,
Seberang Jaya

LG-12 Lower Ground Floor, Sunway Carnival Mall,
3068 Jalan Todak, Pusat Bandar Seberang Jaya,
13700, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Tel: +604 399 0591
(Isnin-Ahad, 10am-10pm)

Switch Apple Premium Service Provider,
Alor Setar Mall

2-888, G06, Alor Star Mall
Kawasan Perusahaan Tandop Baru,
05400 Alor Star, Kedah.
Tel: +604 772 5591
(Isnin-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Authorized Service Provider,
Village Mall

G-5, Ground Floor, Legenda Village Mall
Sungai Petani, 08000 Kedah
Tel: +604 4216 681
(Isnin-Sabtu, 10.30am-6.30pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Premium Service Provider,
The Mines

L4-09, The Mines Shopping Fair,
Jalan Dulang, Mines Resort City,
Seri Kembangan, 43300, Selangor Darul Ehsan,
Tel: 03-8948 9592
(Isnin-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Authorized Service Provider,
Leisure Mall

L2-51 & 51A,Level 2, Cheras LeisureMall,
Jalan Manis 6, Taman Segar
56100, Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: +603-91346993
(Isnin-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Authorized Service Provider,
Kuching

Lot 2083, Ground Floor,
Section 60 Kuching Town Land District,
Jalan Sekama 93300, Sarawak.
Tel: +6082 345591
(Isnin-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Premium Service Provider,
AEON Bukit Indah

Lot No: S18, Second Floor,Aeon Bukit Indah Shopping Centre
No. 8, Jalan Indah 15/2, 81200, Johor Bahru, Johor.
Tel:+607 235 5591
(Isnin-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Switch Apple Authorized Service Provider,
Kota Bahru Trade Centre

Lot No. G-15, GF Kota Bharu Trade Centre,
Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel:+609 7435591
(Isnin-Sabtu, 10am-6pm. Tutup pada cuti umum)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://switch.com.my/.

Machines Service – Apple Authorised Service Provider

Machines Apple Authorised Service Provider
Pernah beberapa kali ke sini, best sebab dapat minum kopi free. Kredit foto: Machines

Machines merupakan sebuah lagi penjual premium dan penyedia pusat servis bertauliah bagi produk-produk Apple di Malaysia. Tetapi tidak sebanyak pusat servis Switch, Machines hanya mempunyai 3 buah pusat servis sahaja dan kesemuanya terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Berikut adalah lokasi pusat-pusat servis Machines:-

Northpoint office
B-G-2, Ground Floor, Northpoint Office,
Mid Valley City, Medan Syed Putra Utara,
59200 Kuala Lumpur.
(Isnin-Sabtu, 9am – 6pm. Ahad dan cuti umum ditutup)

Suria KLCC
Lot 316B & 316C, 3rd Floor, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur.
(Isnin-Ahad, 10am – 10pm)

The Curve
Lot G17 – G18, Ground Floor, The Curve, Mutiara Damansara,
47810, Petaling Jaya
(Isnin-Ahad, 10am – 10pm)

Untuk info lanjut sila layari laman web https://www.machines.com.my/.

iTworld Apple Authorised Service Provider

iTWorld Apple premium service provider
Kredit foto: iTworld

iTworld pula adalah penjual sah produk-produk Apple dan memiliki 2 pusat servis bertauliah Apple yang terletak di negeri Perak dan Selangor sahaja.

Berikut adalah lokasi 2 pusat servis bertauliah Apple oleh iTworld:-

Apple Premium Service Provider
SNS Network (M) Sdn Bhd,
No 61 Jalan Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak.
(Isnin-Jumaat, 9am – 6pm, Sabtu : 9am – 5pm)

Apple Authorised Service Provider
B-07-01, Block B, 3 Two Square
Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
(Isnin-Jumaat, 9am – 6pm, Sabtu : 9am – 1pm)

 

QCD Technology Apple Authorised Service Provider

QCD Technology Apple Authorised Service Provider
Kredit foto: QCD Technology

QCD Technology mempunyai beberapa pusat servis bertauliah Apple di 3 buah negara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia terdapat 2 pusat servis bertauliah Apple oleh QCD Technology yang terletak di Johor Baharu dan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, setakat yang disemak, hanya terdapat alamat bagi pusat servis di Berjaya Times Square sahaja yang diberikan.

Berjaya Times Square
No.1 Jalan Imbi, 08-45/47 Level 8,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 2141 4840
(Isnin-Jumaat, 10:00am – 07:00pm, Sabtu – 10:00am – 03:00pm)
(Ditutup pada Ahad dan cuti umum).

Untuk info lanjut sila layari laman web https://www.qcd-tech.com/.

Mac City Apple Authorised Service Provider

Mac City service centre
Kredit foto: Mac City

Mac City merupakan sebuah lagi penjual sah produk-produk Apple yang turut memiliki pusat servis bertauliah Apple mereka sendiri. Mereka memiliki sebanyak 9 pusat servis bertauliah Apple di beberapa buah negeri.

Berikut adalah lokasi pusat-pusat servis dari Mac City:-

Service Center @ 1 Utama Shopping Center
Lot S330, 2nd Floor, 1 Utama Shopping Center (New Wing),
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7732 9551
(Isnin-Ahad, 10:00am – 9:00pm termasuk cuti umum)

Service Center @ AEON Cheras Selatan
Lot F39, 1st Floor, Aras Satu,
Lebuh Tun Hussein Onn, 43200 Balakong, Selangor.
Tel: 03-9075 2880
(Isnin-Ahad dan cuti umum, 10:00am – 8:00pm)

Service Center @ Klang Parade
G51, Ground Floor, 2112 Jalan Meru,
Klang Parade, 40150 Klang, Selangor.
Tel: 03-3359 7429
(Isnin-Ahad dan cuti umum, 10:00am – 8:00pm)

Service Center @ Kluang Mall
Lot G41, Kluang Mall, Jalan Rambutan,
Bandar Kluang, 86000 Kluang, Johor.
Tel: 07-776 6653
(Isnin-Jumaat, 11:00am – 10:00pm)
(Sabtu, Ahad dan cuti umum, 10:00am – 10:00pm)

Service Center @ KSL City Mall
Lot G-14, Ground Floor, 33, Jalan Seladang,
Taman Abad 80250, Johor Bahru.
Tel: 07-2895 398
(Isnin-Ahad dan cuti umum,10:00am – 10:00pm)

Service Center @ Square One
Lot NGT8 & NGT9, Level 1, Jalan Flora Utama 4,
Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-433 0335
(Isnin-Jumaat, 11:00am – 10:00pm)
(Sabtu, Ahad dan cuti umum, 10:00am – 10:00pm)

Service Center @ Setapak Central
Lot G07, Ground Floor, Setapak Central,
No.67, Jalan Taman Ibu Kota,
Taman Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 9880
(Isnin, 10:00am – 7.00pm)
(Selasa-Ahad dan cuti umum, 10:00am – 8:00pm)

Service Center @ AEON Bandaraya Melaka
S-03, 2nd Floor,Aeon Bandaraya Melaka Shopping Centre,
No.2, Jalan Lagenda, Taman 1-Lagenda, 75400 Melaka.
Tel: 06-284 8880
(Isnin-Ahad dan cuti umum, 10:00am – 10:00pm)

Service Center @ Dataran Pahlawan
Lot G018 & BX015, Dataran Pahlawan Megamall,
Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir, Melaka.
Tel: 06-282 0816
(Isnin-Ahad dan cuti umum, 10:00am – 10:00pm)

Sila layari laman web https://maccity.com.my/ bagi mendapat info lanjut.

THUNDER Apple Authorised Service Provider

THUNDER SERVICE CENTRE - Apple Authorised Service Provider

THUNDER memiliki 3 buah pusat servis bertauliah Apple yang terletak di dalam negeri Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Berikut adalah lokasi bagi 3 pusat servis tersebut:-

SEREMBAN GATEWAY @ SEREMBAN
Lot No. 20B, 1st Floor, Seremban Gateway,
No. 7B-L1, Gerbang Seremban,
Off Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan..
Tel: 06-760 7632
(Isnin-Ahad, 10.00 am – 10.00 pm)

BERJAYA MEGAMALL @ KUANTAN
Lot G.13A, Ground Floor Berjaya Megamall,
Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-513 6132
(Isnin-Ahad, 10.00 am – 10.00 pm)

MESRA MALL @ KEMASEK
Lot 16, Ground Floor, Mesra Mall,
6490, Jalan Kemaman-Dungun,
24210 Kemasek, Terengganu.
Tel: 09-864 0532
(Isnin-Ahad, 10.00 am – 10.00 pm)

Info lanjut sila layari http://www.thundermatch.com.my/aasp.

iFIX Technology Apple Authorised Service Provider

iFIX Technology pula mempunyai 4 buah pusat servis bertauliah Apple yang hanya terletak di negeri Johor sahaja. Berikut adalah 4 lokasi pusat servis IFIX:-

Danga City Mall
L2-88 Level 2 Danga City Mall,
Jln Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2277288
Dibuka setiap hari, 11am – 7pm.

Batu Pahat Mall
G42, Ground Floor, Batu Pahat Mall
Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Tel: 07-4345100
Dibuka setiap hari, 12pm – 10pm.

Sutera Mall
L3 648, Level 3 Sutera Mall, Taman Sutera Utama,
81300 Skudai, Johor.
Tel: 07-5626678
Dibuka setiap hari, 12pm – 10pm.

Taman Molek
No. 20, Jalan Molek 1/9, Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-3577288
(Isnin-Sabtu, 10am – 6pm. Ahad dan cuti umum ditutup)

Sila layari http://ifixtech.com.my/ untuk info lanjut.

Jika dilihat daripada senarai pusat-pusat servis bertauliah Apple yang terdapat di Malaysia, kebanyakkannya berada di Semenanjung Malaysia.

Di Sarawak pula hanya terdapat 1 pusat servis bertauliah Apple oleh Switch yang terletak di Kuching. Malah jika anda perasan, tiada satu pun yang menyediakan pusat servis bertauliah Apple di negeri Sabah.

Walaubagaimanapun pengguna produk-produk Apple di Sabah jangan bimbang sebab terdapat juga pusat-pusat jualan sah Apple yang boleh membantu anda menghantar produk-produk Apple anda ke Semenanjung untuk dibaiki atau mengganti perkakasan yang rosak .

Contohnya anda boleh saja menghantarkan produk-produk Apple yang hendak dibaik pulih ke Switch cawangan Sabah yang terletak di Imago Mall. Berikut adalah alamatnya:-

Switch @ Imago Mall
Lot No.2-60, Second Floor,
Imago Shopping Mall,
KK Times Square Phase 2,
Off Coastal Highway,
88100, Kota Kinabalu, Sabah

Selain daripada Switch, Mac Borneo adalah merupakan satu-satunya penjual sah produk-produk Apple yang paling lama berada di Sabah (Switch masih baru di Sabah). Dari sejak bila tak pula dapat dipastikan.

Tapi selama berada di Sabah dari 2005 hinggalah 2013, Mac Borneo lah menjadi tempat AriffMac menghantar produk-produk Apple seperti iMac G5, PowerBook G4 dan lain-lain untuk diservis dan baik pulih.

Selain menjual produk-produk Apple, mereka turut menyediakan perkhidmatan penghantaran produk-produk Apple yang rosak untuk dibaik pulih ke Semenanjung. Cuma, ke pusat servis bertauliah Apple yang mana, tak pula diketahui (tak pernah plak teringat nak tanya).

Tapi yang pastinya, kos penghantaran akan dikenakan (kos penghantaran taklah mahal pun). Mac Borneo terletak di Lot 3.82, 3rd Floor, Karamunsing Complex, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Info lanjut tentang Mac Borneo boleh didapati di laman web https://www.macborneo.com/

Tetapi, setelah menyemak semula pusat servis bertauliah Apple yang terdapat di Sabah, AriffMac baru teringat, terdapat satu lagi penjual sah Apple yang berada di Sabah iaitu Technocrats.

Technocrats
Pertama kali mengenali Technocrats adalah pada lewat 2008 yang terletak di dalam pusat beli belah 1Borneo (bersebelahan UMS je). Kredit foto: Technocrats.

Selain sebagai penjual sah produk-produk Apple (Apple Authorised Reseller) di Sabah, Technocrats turut memiliki pusat servis bertauliah Apple nya sendiri. Mereka  menggelarkan bahagian servis produk-produk Apple sebagai MACHANICS.

Berikut adalah alamat pusat servis bertauliah Apple oleh Technocrats:-

MACHANICS
1st Floor, Lot 7, Block B, Wisma CTF,
Damai Plaza Phase 3,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
(Isnin-Jumaat, 9am – 6pm)
(Sabtu, 9am – 1pm, Ahad dan cuti umum ditutup)

Walaupun pusat servisnya terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, para pengguna produk-produk Apple yang berada di daerah Sabah yang lain boleh juga menghantarkan produk-produk Apple yang mahu dibaik pulih ke lokasi pusat pengumpulan yang terletak di Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Labuan, Suria Sabah dan Kompleks Karamunsing.

Info lanjut pusat servis bertauliah Apple oleh Technocrats boleh di dapati di laman web https://technocrats.com.my/service.html.

Kesimpulan

Walaupun terdapat banyak pusat servis bertauliah Apple dari pelbagai syarikat yang berbeza, anda tidak perlu risau kerana kualiti produk, alat ganti, servis, khidmat nasihat dan lain-lain adalah menepati jaminan kualiti terbaik sepertimana yang telah ditetapkan oleh Apple Inc.

Malah, walaupun anda membeli produk-produk Apple tersebut dari syarikat atau pusat jualan dari cawangan yang berbeza, anda boleh saja menghantarkan produk-produk Apple anda ke mana-mana sahaja pusat servis bertauliah Apple untuk servis, baik pulih, mendapatkan alat ganti tulen dan lain-lain seperti yang telah dinyatakan di atas.

16 COMMENTS

  1. Maaf, tapi semua tempat yang disenaraikan agak jauh dri tempat kediaman, boleh ke kita pergi ke kedai phone biasa untuk tukar bateri iphone ni,sbb sy punya dah gelembung .

    • Salam Cik/Puan, setakat yang disemak memang pusat servis sah Apple hanya tertum[u di bandar-bandar utama, tiada di kawasan pekan-pekan kecil dan pedalaman. Boleh saja tukar di kedai-kedai biasa tapi bateri yang diganti bukanlah yang original dari Apple. Alat ganti tulen hanya datang dari pusat servis sah Apple sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here