Mungkin MBP 13″ yang menggunakan rekaan papan kekunci gunting.

Laman MacRumors telah mengesan model Mac dengan nombor identiti A2289 telah tersenarai di dalam pangkalan data laman Eurasian Economic Commission (EEC).

Laman EEC sebelum ini memang biasa memaparkan pelbagai produk Apple yang belum dikeluarkan seperti model terbaru iPhone, iPad Apple Watch dan komputer Macintosh.

Jadi, kebarangkalian model Mac yang tersenarai di EEC terbaru ini mungkin merujuk kepada model MacBook Pro 13″ yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Ini kerana dalam senarai EEC itu dijelaskan komputer itu adalah jenis komputer Apple mudah alih yang menjalankan sistem operasi macOS Catalina.

Kali terakhir Apple mengemas kini MBP 13″ adalah pada Ogos 2019 lalu. Tetapi Apple masih kekal menggunakan papan kekunci butterfly yang bermasalah pada MBP tersebut.

Hanya menerusi kemunculan model MacBook Pro 16″ pada November 2019 lalu barulah Apple menggantikan rekaan papan kekunci butterfly kepada papan kekunci gunting semula.

Jadi, dijangkakan barisan model terbaru MacBook Pro 2020 (sama ada 13″ atau mungkin MBP 14″) yang akan diperkenalkan tahun ini akan kembali menggunakan rekaan gunting untuk papan kekuncinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here