
Rangkuman ringkas acara istimewa Apple “Its show time”
Sebentar tadi baru sahaja berakhirnya acara istimewa Apple “It’s Show Time” yang telah berlangsung di Dewan Teater Steve Jobs.
Untuk acara pertama Apple bagi tahun 2019 ini, mereka telah perkenalkan beberapa produk utama mereka yang lebih menjurus kepada siaran kandungan untuk Apple TV serta beberapa servis terbaru.
“Today we’re excited to extend our services even further, making them even more entertaining, even more useful, and even more informative…” - Tim Cook.
Berikut adalah ringkasan daripada acara tersebut:-
Apple News+
- Apple menambah kandungan Majalah ke dalam servis mereka dan mewujudkan sebuah lagi servis terbaru kepada pengguna iaitu Apple News+
- Mereka yang melanggan servis Apple News+ ini akan boleh mengakses lebih daripada 300 majalah dalam pelbagai genre yang ada di dalam Apple News+.
- Buat masa ini servis ini hanya ditawrkan di US dan Canada sahaja.
- Untuk menggunakan servis ini juga, pengguna perlu menaik taraf peranti iOS mereka kepada iOS iOS 12.2 dan macOS 10.14.4.
Apple Card
- Apple Card bakal menggantikan penggunaan kad kredit. Ia direka untuk digunakan bersama iPhone.
- Apple Card dijangka akan diguna pakai diseluruh dunia.
- Apple bekerjasama dengan Goldman Sachs bagi perkhidmatan Apple Card.
- Apple Card yang dibuat daripada Titanium ini tiada nombor kad, CVV Kod Keselamatan, tarikh tamat tempoh atau tandatangan pemilik pada kad tersebut.
Apple Arcade
- Terdapat lebih 300 ribu permainan percuma dan berbayar ada di dalam App Store.
- Lebih daripada 1 bilion pengguna telah memuat turun permainan daripada App Store.
- Servis terbaru Apple Arcade merupakan sebuah platfom permainan yang bakal memberikan lebih pulangan kepada para pembangun permainan berbayar.
- Ia merupakan servis langganan permainan pertama di dunia untuk peranti mudah alih dan komputer.
- Setiap langganan boleh memainkan lebih daripada 100 permainan eksklusif yang boleh dimainkan di peranti iOS, Mac dan Apple TV sama ada secara atas talian ataupun tidak.
- Apple Arcade dijangka akan dijalankan di lebih 150 buah negara pada tahun ini juga.
Apple TV Channels

- Apple meningkatkan keupayaan Apple TV dengan menambah baik aplikasi Apple TV dan memperkenalkan Apple TV Channels.
- Servis Apple TV juga bakal diluaskan ke lebih 100 buah negara dan bakal hadir ke Mac tidak lama lagi.
- Servis Apple TV juga bakal ditawarkan ke pengeluar televisyen pintar seperti Samsung, LG, Sony dan Vizio.
Apple TV+
“dedicated to the best stories ever told.”
- Apple TV+ adalah perkhidmatan langganan rancangan-rancangan siri TV yang dibangunkan Apple khusus untuk aplikasi Apple TV terbaru yang akan memberikan pengguna capaian eksklusif terhadap kandungan siri TV, filem dan dokumentari.
- Apple telah bekerjasama dengan beberapa pengarah terkemuka serta artis-artis popular Hollywood dalam membangunkan rancangan siri tv mereka.
- Antara artis-artis popular yang muncul di pentas adalah Steven Spielberg yang perkatakan tentang siri TV Amazing Stories, Reese Witherspoon, Steve Carell dan Jennifer Aniston yang mengacarakan rancangan The Morning Show, Jason Momoa dan Alfre Woodard untuk siri “See” serta pelawak dan pelakon Kumail Nanjiani yang perkatakan tentang siri “Little America“.

- Pelbagai siri rancangan Apple tv+ terbaru ini bakal hadir di aplikasi Apple TV pada tahun ini.
Itulah ringkasan daripada acara yang telah selesai sebentar tadi pada jam 2.50 pagi.
Acara Apple seterusnya iaitu Worldwide Developers Conference (WWDC) 2019 pula dijadual akan berlangsung pada 3 Jun ini.

























